Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia

Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia
link : Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia

Baca juga


Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelabur asing dilihat kembali melabur ke Bursa Malaysia minggu lalu.

Menurut firma penyelidikan MIDF Research, bagi minggu berakhir 23 Jun 2017, pelabur asing melakukan pembelian bersih berjumlah RM177 juta, berbanding penjualan bersih sebanyak RM99.6 juta pada minggu sebelumnya.

Firma itu berkata, pelabur mengambil pendekatan membeli menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri.

Dalam minggu tersebut, Khamis menyaksikan pembelian terbanyak oleh pelabur asing, iaitu sebanyak RM208.9 juta.

MIDF berkata, sentimen belian yang bertambah baik terhadap bursa tempatan dimangkin oleh kelemahan harga minyak serta prestasi bursa Asia lain.

Tambahnya, pelabur runcit merupakan pembeli bersih saham tempatan, dengan pembelian sebanyak RM72.7 minggu lalu.

Manakala institusi kewangan tempatan kekal sebagai penjual bersih, dengan jumlah jualan sebanyak RM249.7 juta pada tempoh tersebut.

Bagi tempoh tersebut, Sime Darby dan Maybank merupakan antara saham yang merekodkan pembelian terbanyak, dengan jumlah pembelian mencecah RM13.44 juta dan RM10.29 juta masing-masing.

Manakala CIMB menyaksikan penjualan tertinggi dengan sejumlah RM23.36 juta sahamnya dijual.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia

Sekianlah artikel Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelabur asing kembali melabur di Bursa Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pelabur-asing-kembali-melabur-di-bursa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :