link : Cerita cinta terindah raja dan permaisuri Bhutan.
Cerita cinta terindah raja dan permaisuri Bhutan.
Cerita cinta terindah raja dan permaisuri Bhutan.
Bhutan adalah sebuah negara yang aman dan kaya dengan hasil semula jadi.
Rakyatnya hidup dalam harmoni dan bahagia di bawah pimpinan raja yang sangat disayangi.
Rakyatnya hidup dalam harmoni dan bahagia di bawah pimpinan raja yang sangat disayangi.
Mempunyai raja yang sangat beribawa dan dihormati membuatkan mereka hidup dengan penuh keamanan dan kegembiraan. Siapa sahaja pasti akan gembira memiliki pemimpin berjiwa rakyat.
Selain berperanan sebagai seorang raja di negara Bhutan, baginda adalah seorang pelajar yang bijak. Baginda pernah mendapat pendidikan di Universiti Boston, Amerika Syarikat serta Universiti Oxford, England.
Setelah mendapat sokongan daripada rakyatnya, baginda akhirnya dinobatkan sebagai raja Bhutan. Baginda sering berangkat ke kampung-kampung untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya di sana.
Nama raja Bhutan ini sangat panjang, iaitu Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. Baginda merupakan raja termuda dan diakui paling tampan selepas tahun 80-an.
Dengan keperibadian dan keistimewaan yang luar biasa membuatkan ramai yang berfikir permaisurinya haruslah sama hebat sepertinya, baru lah sesuai untuk menjadi ratu kepada raja ini. Tetapi jodohnya datang lebih awal daripada yang bayangkan. Ketika itu baginda baru berusia 17 tahun dan masih lagi seorang putera.
Gayanya yang biasa membuatkan orang ramai tidak mengetahui identiti sebenarnya. Suatu hari, dalam suatu jamuan peribadi beliau telah jatuh hati pada pandangan pertama dengan seorang gadis kecil.
Semasa di majlis itu, dia telah menjauhkan diri daripada orang ramai dan duduk sendirian di atas hamparan rumput dan kebetulan pada masa itu seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun bersama dengan adik perempuan dan rakannya muncul di hadapannya. Gadis itu adalah Jetsun Pema.
Kanak-kanak perempuan itu tiba-tiba saja ia berjalan ke hadapan putera lalu menggenggam tangannya dan berkata, “Bawalah aku pergi!”
Putera berasa hairan lalu bertanya, “Bukankah seharusnya kamu bermain bersama-sama dengan rakan-rakan kamu? Mengapa ingin pergi bersama saya? ”
“Kerana aku menyukaimu,” jawab Pema spontan.
Beliau pada awalnya berfikir itu hanya gurauan kanak-kanak yang tidak matang, tetapi melihat kepada ketegasan dan ekspresi Pema yang serius telah membuatkan hati beliau tersentuh.
Lalu beliau berkata kepadanya, “Apabila kamu dewasa nanti, jika kita berdua belum berkahwin, dan masih saling menyukai, aku bersedia mengahwinimu dan menjadikan kamu isteriku.”
Mendengar akan janji itu, Pema pun dengan gembira menganggukkan kepala, lalu pergi. Janji yang tak sengaja diucapkannya itu akhirnya membawa mereka kepada percintaan yang sebenar. Bagi baginda “Mungkin ini adalah cinta pandangan pertama yang sudah ditakdirkan.”
Pertemuan pertama mereka sangat indah dan memberi kesan. Walaupun pada saat beliau harus kembali ke Amerika Syarikat, England, Filipina dan negara-negara lain untuk belajar, beliau terus teringatkan akan akan gadis itu.
Mereka bertemu semula tiga tahun kemudian. Pada saat itu, Pema sedang bersekolah di Bhutan. Pada saat itu dia akhirnya tahu ternyata orang yang disukainya ketika kecil ketika itu adalah putera raja Bhutan yang bakal menjadi raja Bhutan yang akan datang.
Semasa baginda meneruskan pengajian di Universiti Oxford, baginda telah ditabalkan menjadi putera mahkota. Pada ketika itu Pema merasa dirinya semakin jauh darinya. Dia ingin menjadi lebih hebat, agar memenuhi syarat untuk bersanding di sebelah putera raja itu.
Pema kemudian berusaha keras untuk menjadi lebih baik. Dengan usaha gigih dan kecerdasannya Pema telah meneruskan pengajian tingginya di India dan England. Dia juga berjaya menguasai bahasa Bhutan, Hindi dan Inggeris. Selain itu dia juga suka akan seni fotografi.
Berkat usaha kerasnya kini dia layak bersanding dengan seorang raja. Dia sebenarnya lahir dari sebuah keluarga pegawai di ibu negara Bhutan, Thimphu.
Nenek moyangnya juga pernah menjawat jawatan sebaai Gabenor di sebuah wilayah di Bhutan. Sementara ayahnya adalah seorang juruterbang syarikat penerbangan manakala ibunya adalah seorang wanita pendidik.
Kemudian, putera dinobatkan sebagai raja secara rasmi. Dengan populariti dan ketampanan raja muda ini telah membuatkan Pema tidak tenang. Tetapi tiada apa yang harus dirisaukan kerana raja sangat mencintainya.
Dia juga berkata, “Saya sangat beruntung, beruntung telah menemui pasangan jiwa saya, boleh berkongsi kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan bersamanya, memulakan perjalanan hidup baru.”
Tidak lama kemudian mereka bertunang.
Raja Bhutan kemudian dengan penuh perhatian meminta Pema agar sebaiknya lebih awal masuk dalam kehidupan keluarga diraja membuatkan Pema sangat terharu.
Walaupun sampai sekarang Bhutan masih mengekalkan tradisi yang membolehkan seorang raja untuk berpoligami, baginda dengan tegas berkata bahawa baginda hanya akan berkahwin dengan satu isteri sah. Baginya Pema tidak digantikan lagi oleh sesiapa dalam hati baginda.
Berapa banyak wanita yang tergila-gila dengan raja muda yang berkarisma seperti ini, tetapi, beliau hanya menyerahkan hatinya pada Pema seorang. Mereka kemudian telah melangsungkan perkahwinan pada 13 Oktober 2011 yang menggemparkan rakyat Bhutan yang berjumlah 6.95 juta orang.
Upacara perkahwinan mereka berlangsung dengan sangat sederhana. Tidak ada iringan kereta mewah dan hotel lima bintang, serta tidak mengundang tetamu asing seperti tradisi yang biasa dilakukan oleh negara-negara lain.
Apa yang paling istimewa dalam upacara perkahwinan tersebut ilaah majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga kerjaan dan beribu-ribu penduduk desa setempat. Sementara masyarakat setempat lain berkongsi kebahagiaan raja mereka melalui saluran televisyen.
Dalam pernikahan itu, sang raja muda berkata, “Walaupun Pema masih muda, tapi dia seorang yang baik hati yang bersedia berkhidmat kepada negara dan rakyatnya dengan sepenuh hati.
Setelah selesai majlis perkahwinan mereka itu, Raja Bhutan berkata kepada wartawan dengan penuh kegembiraan, “Sudah lama saya menantikan saat ini, dan akhirnya saya menemukan sosok orang yang boleh menemani saya selama-lamanya. Bagi saya, dia adalah wanita yang cantik dan bijak, kami mempunyai hobi yang sama dan kami juga sangat suka dengan seni. “
Tidak lama selepas perkahwinan itu, mereka berkunjung ke India. Baginda memperkenalkan isterinya kepada Presiden India. Raja Bhutan tampak tersenyum bahagia di samping melihat Pema bersalaman dan menyapa dengan Presiden India.
Terlintas dalam fikirannya, “Perkahwinan itu seperti hubungan perkongsian, harus saling percaya, saling menyokong dengan penuh keyakinan. Saya yakin Pema akan menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ratu. “
Hasil perkongsian hidup kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang telah membuatkan seluruh negara gembira dengan kelahirannya.
Pema yang kini telah menjadi seorang ibu. Beliau telah membina sejumlah jabatan rawatan perubatan di Bhutan yang bermanfaat untuk mengembangkan kesejahteraan anak-anak. Putera kecil mereka semakin membesar dengan sihat dan mula mengikut orang tuanya menghadiri pelbagai aktiviti penting di seluruh negera.
Mungkin inilah makna sebenarnya dari kebahagiaan, “Kelak setelah kamu dewasa, aku akan mengahwinimu”.
Sekali terdengar bunyinya seperti gurauan, namun bagi pasangan ini cerita cinta mereka adalah takdir terindah yang sempurna buat mereka. Walaupun di negera yang membolehkan berpoligami, si raja tetap memilih seorang isteri untuk mendampinginya buat selama-lamanya.
The post Cerita cinta terindah raja dan permaisuri Bhutan. appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Cerita cinta terindah raja dan permaisuri Bhutan.
Sekianlah artikel Cerita cinta terindah raja dan permaisuri Bhutan. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cerita cinta terindah raja dan permaisuri Bhutan. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/cerita-cinta-terindah-raja-dan.html