Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat

Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat
link : Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat

Baca juga


Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat

GUA MUSANG – Seorang pemandu sebuah bas ekspres cedera di muka, manakala 14 penumpangnya terselamat apabila bas itu terbabas ke dalam gaung selepas berlanggar dengan sebuah treler di kilometer 27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian kira-kira 1 pagi itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Bas itu dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke gaung sedalam 10 meter di sebelah kiri jalan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pemandu bas dari Jeli itu, Nik Hassan Mahmud, 47, menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan pemandu treler bersama kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rajab Ahad berkata kejadian itu turut membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki enam beranak yang juga dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“MPV itu berada di belakang bas berkenaan turut melanggar treler yang sama, tetapi mereka semua (enam beranak) terselamat,” katanya.

Lalu lintas kawasan kejadian masih dikawal bagi mengelakkan berlaku kesesakan sebelum kerja menarik kenderaan terbabit dilakukan, katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat

Sekianlah artikel Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu Bas Cedera, 14 Penumpang Selamat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pemandu-bas-cedera-14-penumpang-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :