link : Tentera Filipina Maut Dalam Serangan Udara Marawi
Tentera Filipina Maut Dalam Serangan Udara Marawi
10 anggota tentera Filipina dilaporkan maut akibat serangan udara yang mensasarkan kumpulan militan dalam pertempuran di Marawi.
Lapan tentera juga dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan pada Rabu itu, menurut Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.
Sejak seminggu lalu, lebih 100 nyawa terkorban dalam pertempuran antara pihak tentera dan kumpulan militan di bandar berkenaan.
Ianya tercetus selepas pihak tentera Filipina cuba untuk menahan pemimpin kumpulan berkenaan.
“Semalam kita berdepan dengan teragedi membabitkan anggota kita di mana sekumpulan anggota terkena serangan udara yang dilancarkan oleh pihak kita sendiri .
“Dalam serangan yang mensasarkan kumpulan militant itu, 10 anggota kita maut manakala lapan orang lagi cedera,” katanya memetik laporan BBC.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di selatan kepulauan Mindanao di mana terletaknya bandar Marawi.
Pihak tentera Filipina dilihat menggunakan pasukan bersenjata dan serangan udara menggunakan helikopter untuk mengusir kumpulan militan luar dari bandar berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tentera Filipina Maut Dalam Serangan Udara Marawi
Anda sekarang membaca artikel Tentera Filipina Maut Dalam Serangan Udara Marawi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tentera-filipina-maut-dalam-serangan.html