link : Pemandu Uber dibelasah ditahan polis atas dakwaan cabul, manakala suami wanita vietnam juga ditahan kerana merusuh
Pemandu Uber dibelasah ditahan polis atas dakwaan cabul, manakala suami wanita vietnam juga ditahan kerana merusuh
PEMANDU Uber berusia 29 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes cabul seorang wanita warga Vietnam.
Selain itu, suami wanita Vietnam berkenaan turut ditahan polis bagi membantu siasatan kerana merusuh dan kedua-dua mereka direman selama empat hari bermula hari ini.
Baca artikel sebelum: Difitnah gadis vietnam, pemandu uber dibelasah 20 orang dengan kayu di Pulau Pinang
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu Uber berkenaan mencabul mangsa, Selasa lalu.
Menurutnya, suspek kemudian menghubungi mangsa pada malam kejadian membuatkan wanita terbabit bimbang dan menceritakan kejadian itu kepada suaminya.
“Suaminya kemudian meminta mangsa menghubungi lelaki terbabit, semalam, kononnya hendak menggunakan khidmat Uber.
“Namun, sebaik tiba pemandu Uber itu dipukul suami mangsa dan juga beberapa rakannya,” katanya.
Anuar berkata, polis juga sedang mengesan beberapa lagi rakan kepada suami wanita terbabit bagi membantu siasatan kerana memukul mangsa.
Sumber: Harian Metro
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pemandu Uber dibelasah ditahan polis atas dakwaan cabul, manakala suami wanita vietnam juga ditahan kerana merusuh
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Uber dibelasah ditahan polis atas dakwaan cabul, manakala suami wanita vietnam juga ditahan kerana merusuh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pemandu-uber-dibelasah-ditahan-polis.html