Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan

Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan
link : Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan

Baca juga


Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan

KUALA LUMPUR – Maybank Ageas Holdings Bhd, syarikat induk Etiqa Insurance Bhd, Etiqa Takaful Bhd dan Etiqa Insurance Pte Ltd (Singapore), menggesa individu untuk memaklumkan keluarga mereka tentang polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga mereka bagi memudahkan tuntutan kelak.

Ini juga termasuk memaklumkan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful tentang waris, termasuk nama, mengemas kini butiran terperinci dan nombor kad pengenalan orang hubungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Kamaludin Ahmad berkata di Etiqa sendiri, terdapat polisi yang hilang atau dilupai bernilai kira-kira RM13 juta yang belum dituntut.

“Ramai orang yang tidak menyedari yang polisi/sijil mereka telah matang, dan justeru itu tidak menuntut manfaat dan wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut satu kaji selidik baru-baru ini oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia, kira-kira RM80 juta daripada lebih 110,000 polisi hayat dan sijil takaful keluarga matang dituntut oleh pemegang polisi/sijil atau waris mereka pada 2016.

Kamaludin berkata usaha telah dibuat untuk menghubungi waris tetapi sesetengah mereka tidak mengemas kini maklumat peribadi mereka, sehingga sukar untuk berhubung dengan waris.

“Bagaimanapun, kami percaya kami boleh melakukan sesuatu yang berbeza kerana kami bersungguh-sungguh untuk membayar tuntutan.

“Kami mahu menghapuskan salah tanggapan yang penginsurans dan pengendali takaful hanya mahu mengutip premium dan sumbangan tetapi enggan membayar tuntutan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi dan sijil mereka, pelanggan Etiqa boleh mendaftar dan log masuk di http://ift.tt/2r8xnSV atau menghubungi talian Oneline di 1300-13-8888. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan

Sekianlah artikel Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemegang Polisi Digesa Maklum Keluarga Untuk Mudahkan Tuntutan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pemegang-polisi-digesa-maklum-keluarga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :