link : Penantian Itu Manis Buahnya
Penantian Itu Manis Buahnya
Hari tu aku ada post.. tp tak disiarkan kalau kali ni pun tak disiarkan tak mengapalah.. anyway tq admin kerana baca cerita aku..
Aku mendirikan rumahtangga ketika berusia 24 tahun.. suami aku setahun lebih tua dari aku..
Tahun pertama, ok tiada sebarang tanda untuk kehadiran si kecil. Begitu juga tahun ke 2.. ke 3
Hidup mula terasa sunyi kadang2 aku bosan juga bilamana suami aku ada hal kerja di luar..
Satu hari aku terfikir untuk make a move aku mulakan 1st step pergi ke klinik dan berjumpa dengan doctor..
Doktor explain dan melakukan procedure dan aku diminta berbaring Allah !! aku tak tahu pula gitu procedurenya.. aku rasa mcm berlaku curang pula dengan suami aku (hahahaha, adik2 diluar sana, sila ambil tahu dan belajar cara2 atau procedure untuk fertility check up ni yer.. jangan jadi mcm hakak)
Selepas sample diambil, dan dalam beberapa hari baru datang semula untuk berbincang dengan doctor.. pada hari yang ditetapkan kami pun datang ke klinik tersebut untuk info lanjut..
Sementara menunggu doctor, suami aku melawat persekitaran bilik tu, membaca maklumat2 yang berkaitan dan yang membuatkan suami aku reject terus klinik ni sebab gambar-gambar yang tertampal di dinding klinik tu sangat la tak munasabahnye.. hahaha gelihati bila ingatkan balik.. Punyalah nak tunjukkan klinik tu boleh melakukan procedure yang tidak melibatkan pembedahan besar, dia orang tampal gambar2 orang baring dan darah2 ada yang terkena dinding.. itu yang suami aku fikir macam tak logic langsung klinik tu dengar serba sedikit penerangan doctor (dengar pun sebab terpaksa sebab dah bayar rm90 waktu tu.. rm90 15 tahun dulu besar tau nilainya.. ngeee).
Selepas pada tu, terus suami aku particular bab2 rujukan dan pemilihan doctor ni..
2nd optio, kami pilih HUKM.. ingat lagi, rujukan kami Prof. Hashim (aku rasa sesiapa yang pernah dapat rawatan kat HUKM mesti kenal prof ni.. last year aku nengok si Misha Omar pun ada amik gambar ngan dia.. hehehe femes doctor ni )
Semua procedure yang disyorkan kami buat ikut step dari sekecil2 procedure sehinggalah aku buat pembedahan buang cycst.. lebih kurang 2 tahun lebih usaha kami di HUKM tapi tiada hasil yang positif kecewa, sedih, stress segala macam perasaan semua aku rasa
Kami beralih arah kepada Dr Hamid Arshad pula again start from zero hampir 1 tahun lebih juga tiada apa2 yang kami harapkan.. walaupun kecewa, tapi yang buat aku bersemangat meneruskan semua benda ni bila aku direfer kepada Dr Marsita Mansor.. Doctor ni balik ke Malaysia untuk berkhidmat di Malaysia sebab sebelum ni dia bertugas di Madinah.. Lembah lembut orangnya, setiap perkataan yang keluar dari mulut dia menenangkan sehingga aku rasa dia ibarat mak aku.. hahaha sampaikan aku bermesej2 dengan dia bila aku terlampau stress memikirkan hal zuriat ni dan dia setia melayan setiap mesej aku
Selepas tu dia ditukarkan ke hospital lain.. aku ikut jer mana hospital dia pergi dan sampai satu ketika suami aku minta semua ni distopkan.. Suami aku tak sanggup lagi tengok aku menghadapi segala macam ubat dan segala macam pembedahan.. Suami aku kata kalau Allah memang tak izinkan kita punyai zuriat di dunia ni maka cukuplah dia ada aku buat peneman dia dikala susah dan senang dia.. dan antara patah2 perkataaan dia yang aku betul2 redha bila suami aku minta aku supaya jangan risau sekiranya kami tiada zuriat dia tak akan mencari lain semata2 kerana zuriat.. dia sudah redha dengan keadaan dan kehidupan kami ketika itu..
Betul kata orang, suami adalah rakan terbaik seorang isteri.. setiap ayat2 dan kata2 peransang dari suami betul2 menenangkan jiwa dan raga aku kali ni aku betul2 redha Demi Allah, aku temui ketenangan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata2 bila kita betul2 faham dan selami apa itu redha saat itu aku dapat rasai kenikmatan dalam segala apa yang aku lakukan sehingga aku jadi bersedia sekiranya ditakdirkan Allah mengambil nyawa aku saat itu (tp kalau korang tanya aku sekarang, aku memang gigil hahaha tak sama macam saat ketika aku betul2 redha dulu memang ada hikmah disetiap segala sesuatu yang Allah aturkan dalam perjalanan hidup kita ni.. Kita je yang selalu buruk sangka.)
Suami aku beri cadangan, sebelum kami tutup cerita mengenai zuriat ni.. kami cuba pula cara yang tak perlukan sebarang ubat2an dan procedure2 yang memenatkan..
Kami berjumpa dengan Ustaz Haron Din di Darul Syifa. 1st time pergi kami hampa kerana tak sangka mereka menggunakan system nombor.. 1-200 sahaja yang boleh berjumpa dengan Ustaz.. selepas itu anak2 buah dia yang akan ambil alih.. jadi since kami dapat no 200+ lebih, kami pun balik..
Minggu depannya kami datang semula (Ustaz hanya bertugas hari selasa shj, selain dari hari selasa maka orang lain yang ubatkan.. Disebabkan kami tetap mahu Sifu juga saya dan suami bersiap sedia seawal pukul 5 lebih pagi dah keluar rumah. Sampai je disana dalam pukul 5.45 pagi.. itupun dah beratur orang tunggu diluar perkarangan rumah beliau.. hati aku berdebar tuhan je yang tahu sebab takut terlebih dari no 200.. Alhamdulillah, jika sudah ditakdirkan ada jodoh kita in shaa Allah bertemu juga.. kami dapat no 151 (aku masih ingat lagi no tu walaupun dah lebih 15 tahun berlalu).. kami bersyukur sangat2
Tidak habis disitu sahaja, ada beberapa petua dan pesanan yang perlu kami buat utk nex appointment dan kali kedua kami pergi tu kami pergi lebih awal.. pukul 3 pagi itu pun dah beratur org depan perkarangan Darul Syifa tu.. aku dan suami tidur sambil duduk sementara nak tunggu pukul 6 pagi (kaunter no buka pukul 6 pagi).
Disamping itu aku ada juga mengirimkan doa kepada seorang Tuan Haji yang bawa rombongan ke Mekah setiap tahun tu.. aku minta dia tolong doakan kami dari sana.. Alhamduillah, tak akan aku lupa Tuan Haji tu call aku dari sana dan dia minta aku berdoa sendiri sambil bayangkan aku berada di sana.. Dia beritahu aku yang dia sekarang berada betul2 dihadapan pintu kaabah, tempat dimana doa2 mustajab.. dia beritahu yang dia dah doakan untuk aku, dan sekarang minta aku minta secara peribadi.. Tuan Haji tu beri aku dlm 2-3 minit juga untuk berdoa dan kemudian dia kata sekarang hanya berserah sahaja kepada Allah..
Dan antara yang terakhir aku buat, aku pergi kerumah anak2 yatim.. aku minta penjaga tu memanggil dalam 3 orang anak yatim yang dibawah umur 7 tahun.. aku minta anak2 syurga itu ikut membaca dan mengaminkan doa yang aku baca.. comel sungguh waktu mereka mengikut setiap bait2 doa aku
Selepas 3 perkara tersebut, aku sudah redha seikhlasnya dengan perjalanan dan ketentuan hidup kami berdua.. biarlah apa pendapat orang tentang kami.. biarlah nanti tiada tangisan bayi dalam kehidupan kami, kami terima.. itu takdir kami
Alhamdulillah, manisnya erti sebuah redha Sesungguhnya ada doa diantara orang alim dan anak2 syurga itu Allah makbulkan.. 4 bulan selepas itu aku ingat lagi.. bulan February, 2008 (setelah 8 tahun kami mendirikan rumahtangga), pertama kali dalam hidup aku, aku lewat 2 hari.. aku beli pengesan kehamilan dan aku sujud syukur. Aku menangis teresak2 sehingga suami aku juga turut sama mengalirkan air mata.
Bermulalah pengalaman aku sebagai seorang ibu proses mabuknya.. tak lena tidurnya kerana perut semakin membesar.. sakit sana sini dan sehinggalah aku selamat melahirkan putera tercinta kami.
Aku dan suami bersyukur sangat dan kami masih berdoa jika terbaik untuk kami mempunyai zuriat lagi maka hamil lagi selepas2 itu..
Masa berlalu dari tahun ke tahun dan aku menghampiri usia 40 tahun..
Disebabkan satu kemalangan, aku mengalami pembedahan bahu pada tahun 2015.. sebelum pembedahan, aku melakukan xray.. ct scan, dan mengambil pelbagai macam ubat tahan sakit dan pelbagai ubat lain lagi..
Setiap kali sebelum melakukan x ray mesti nurse tu akan bertanya samaada aku mengandung ke takhahahaha aku dengan yakinnya cakap tidak kerana pada aku mana mungkin dah 8 tahun aku tak da apa2 takkanlah dan2 nak buat xray ni aku pregnant pulak
Makanya berjalan lah operasi pembedahan bahu aku dengan xray, ctscan, ubat bius, ubat tahan sakit, etc tanpa aku sedari yang aku dah 5 minggu pregnant Allahu, aku gigil sebenarnya bila tahu aku pgnt.. takut baby jadi mutant (hahaha jahat tak fikiran aku cuak sebenarnya sebab aku under medication pelbagai jenis bahan kimia disaat janin tu baru bertapak beberapa minggu)..
Aku sentiasa panjatkan doa kepada Allah, jika terbaik untuk aku punyai zuriat itu maka sampaikanlah dan kuatkanlah kandungan aku sehingga cukup usia kandungan ku dan permudahkanlah kelahiran dan sempurnakanlah kejadian
Alhamdulillah. Bulan February 2016, setelah 8 tahun jarak dengan putera ku yang pertama, aku selamatkan melahirkan seorang lagi putera yang kedua.. Alhamdullilah ku panjatkan syukur ke hadrat Allah.. puteraku sihat.. cukup segala sifatnya (dalam hati ada lagi hajat untuk menambah tapi masak juga kalau lepas 8 tahun.. menopos pulak dah. hehehehe)
Sekarang putera kedua ku sudah berusia setahun lebih bila ku lihat kedua2 puteraku seperti aku tak percaya lahirnya mereka ke dunia ini.. dulu rumahku senyap sunyi sepi sekarang hiruk pikuk dek abang nye yang suka menyakat.. dek suara adiknya yang terjaga ditengah malam minta susu dulu lena tidurku kerana tiada siapa yang mengganggu tp sekarang aku terjaga dengan sendirinya untuk memeriksa mereka setiap malam terutama ketika mereka demam dan memerlukan perhatian aku aku akui memang penat tp aku terima keadaan ini kerana itu yang pernah aku pinta..
Aku doakan setiap kalian yang tengah mencuba, in shaa Allah semoga Allah kurniakan kalian zuriat seramai yang kalian pinta.. amin.
me myself and i
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Penantian Itu Manis Buahnya
Anda sekarang membaca artikel Penantian Itu Manis Buahnya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penantian-itu-manis-buahnya.html