Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia

Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia
link : Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia

Baca juga


Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia


NARATHIWAT – Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok di sini, berhimpun aman bagi membantah tindakan tentera Thailand menutup sejumlah pengkalan bot yang digunakan mereka.

Jeti kecil berkenaan yang diangga sebagai laluan tikus untuk penduduk tempatan dapat berulang-alik secara haram ke Malaysia termasuk menyeludup barangan bersubsidi keperluan harian yang murah di negara jiran itu.

Buat masa ini enam pengkalan bot yang ditutup atas alasan keselamatan oleh tentera itu adalah Pengkalan Gaji, Pengkalan Jambu, Pengkalan Bereng, Pengkalan Buluh, Pengkalan Cek Kaseng dan Pengkalan Retak.

“Arahan penutupan oleh pihak berkuasa itu akan beri impak bukan sahaja kepada kami tetapi juga menjejaskan Sungai Golok secara keseluruhan,” kata penolong ketua komuniti Pengkalan Sungai Golok, Pairat Mamat.

Tindakan penutupan enam pengkalan itu sejak dua hari lepas, telah menjejaskan 5,200 penduduk daripada 1,300 keluarga yang bergantung hidup kepada pengkalan bot itu, katanya.

Pihak berkuasa Thailand hanya membuka Pengkalan Prapa bagi kemudahan penduduk negara itu menyeberang Sungai Golok untuk ke Malaysia tanpa melalui proses pemeriksaan imigresen.

Pairat berkata mereka yang berhimpun akan mengutus surat kepada Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menerusi Datuk Bandar Sungai Golok, Sudarat Pannara.

Ia supaya mempertimbangkan semula tindakan menutup enam pengkalan haram berkenaan yang sudah digunakan ramai penduduk memasuki Malaysia secara haram.

Surat rayuan itu akan menjelaskan kesan-kesan buruk dihadapi penduduk tempatan termasuk kepada pemandu teksi kereta dan teksi motosikal, pengangkut barang, pemilik bot serta kira-kira 70 kanak-kanak yang menggunakan Sungai Golok untuk ke sekolah di Malaysia, katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia

Sekianlah artikel Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penduduk-protes-thai-tutup-jeti-haram.html

Subscribe to receive free email updates: