Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan

Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan
link : Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan

Baca juga


Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan

Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan

Meskipun tanpa ayah di sisi yang pergi mengadap illahi sejak tujuh tahun lalu, kemeriahan Ramadan tetap disambut penuh meriah. Baginya, sewaktu arwah bapa masih ada suasana lebih ceria apabila dapat berbuka puasa bersama ibu, abang dan kakak.

Perasaan sayu itu dikongsi Afnor Syafarina Bakhtiar Apandi, 14, seorang anak yatim dari Balik Pulau yang terkenang memori terindah bersama arwah bapanya yang pergi buat selamanya akibat sakit jantung. Sebagai anak kecil pastinya dia mahu bermanja dengan bapa tetapi pengertiaan rindu tidak sama seperti sekarang yang terasa satu kehilangan yang amat besar dalam hidup.

Ramadan membawa rezeki pada anak-anak yatim berbuka di hotel.

"Perasaan rindu sememangnya membuak-buak sebaliknya semangat dan kasih sayang yang diberikan ibu berjaya mengubat segala yang ada," katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran Hotel Lexis Suite Pulau Pinang, di sini kelmarin.

Afnor antara lebih 39 anak yatim dari Persatuan Anak Yatim Balik Pulau yang menerima undangan berbuka puasa di samping penyerahan sumbangan Aidilfitri oleh Pengurus Hotel Lexis Suite Pulau Pinang, Ben Ho dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad.

Seramai 39 anak yatim dari Persatuan Anak Yatim Balik Pulau gembira diraikan pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Hotel Lexis Suite Pulau Pinang di sini kelmarin.

Ben Ho berkata, program kebajikan ini merupakan kali pertama dianjurkan pihaknya sejak hotel tersebut dibuka pada tahun lalu.

"Ia adalah tanggungjawab mereka untuk mengadakan satu program istimewa untuk anak-anak yatim menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Keprihatinan kami tidak hanya berbuka puasa tetapi turut memberikan sedikit duit raya hasil kutipan dan sumbangan semua pekerja hotel selain memberikan hadiah sebagai tanda prihatin dan kasih sayang.

"Pada bulan yang mulia ini juga, Hotel Lexis Suite Pulau Pinang turut memilih tiga rumah kebajikan yang akan diberikan sumbangan sepanjang Ramadan menerusi jualan bufet Ramadan di mana RM2 daripadanya akan disalurkan kepada tiga rumah kebajikan yang dipilih," katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan

Sekianlah artikel Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perasaan Rindu Terhadap Bapa Membuak Tatkala Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/perasaan-rindu-terhadap-bapa-membuak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :