Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial

Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial
link : Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial

Baca juga


Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial


LEBIH rela berpura-pura buta selama 28 tahun hanya kerana tidak suka bertegur sapa.

Itulah situasi yang dilalui seorang wanita dari Madrid, Sepanyol, Carmen Jimenez, 57, yang mengakui dia hanya berpura-pura buta sejak 28 tahun lalu hanya kerana tidak suka bersosial dan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang dijumpainya.

Ahli keluarganya pun ditipu bulat-bulat apabila Carmen memberitahu mereka yang dia buta disebabkan mengalami kecederaan parah di bahagian mata sejak hampir tiga dekad lalu.

Suaminya yang nyata terkejut dengan pengakuan isterinya itu mengatakan patutlah selama ini dia mengesyaki keadaan sebenar isterinya, memandangkan Carmen kelihatan bersolek elok bagi seorang yang tidak dapat melihat.

Selain itu, suaminya juga sering ternampak Carmen seolah-olah sedang menonton televisyen apabila ekor matanya kelihatan seperti berbuat demikian.

Namun, semua itu dinafikan Carmen pada ketika itu.

Menurut Carmen, dia mempunyai alasan yang kukuh kenapa mengambil keputusan untuk menipu mengatakan dirinya cacat penglihatan.

“Saya penat untuk berjumpa orang ramai di mana-mana, penat nak bertegur sapa, cakap hi, sebab saya seorang yang tidak suka bersosial.

“Atas sebab itulah, saya ambil keputusan pura-pura buta sejak 28 tahun lalu bagi mengelak untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan orang,” katanya.

Pengakuan Carmen ini bukan sahaja mengejutkan keluarganya, sebaliknya dia berkemungkinan besar berhadapan tindakan undang-undang kerana menipu dirinya hilang penglihatan.

Ini kerana sebelum ini Carmen pernah berdaftar sebagai orang kelainan upaya (OKU) sekali gus melayakkannya menerima elaun khas bulanan daripada pihak kerajaan.

Namun, setelah diselidik, rupa-rupanya berita di atas merupakan satu artikel fiksyen yang direka oleh portal Hay Noticia bagi menarik pembaca melawat laman web mereka.

Kalaulah betul wujud orang macam Carmen ni, gigihnya dia sampai sanggup pura-pura buta selama 28 tahun semata-mata enggan bersosial dengan orang luar! – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial

Sekianlah artikel Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pura-Pura Buta Sebab Tak Suka Bersosial dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pura-pura-buta-sebab-tak-suka-bersosial_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :