Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat

Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat
link : Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat

Baca juga


Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat

PUTRAJAYA: Susulan daripada kejadian rompakan minyak (fuel siphoning) ke atas sebuah kapal tangki Thailand 'CP 41' di posisi 25 batu nautika Timur Kuantan pada 23 Jun lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengambil beberapa langkah susulan sebagai tindakan pencegahan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar dalam satu kenyataannya hari ini berkata, "Maritim Malaysia telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membuat siasatan awal dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan kes berkenaan.

Maritim Malaysia juga telah berhubung dengan pihak berkuasa Thailand iaitu Pusat Penyelarasan dan Penguatkuasaan Thailand bagi menyusun siasatan".

"Memandangkan ini melibatkan jenayah rentas sempadan, Maritim Malaysia juga bekerjasama dengan penguat kuasa dari negara jiran yang lain seperti Angkatan Laut Armada Barat Indonesia dan Singapore Police Coast Guard (SPCG).

APMM Thailand
Melalui kerjasama yang sedia terjalin ini, kita dapat berkongsi maklumat dan risikan khususnya bagi mencegah insiden yang sama berulang serta dapat membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.
.
Tambah beliau lagi, "sebagai langkah pencegahan, Maritim Malaysia telah menggerakkan aset serta meningkatkan rondaan menggunakan kapal mahupun  pesawat udara di kawasan titik panas. Rondaan ini juga bakal dibantu oleh rakan sekerja dalam negara termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM)".

Indera juga percaya kejadian seumpama ini mampu diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak. Beliau turut menegaskan bahawa pihak perkapalan khususnya perlu mengambil langkah keselamatan yang lebih proaktif dalam menangani kejadian jenayah seperti ini dan berusaha melaporkan sebarang kejadian dengan cepat supaya Maritim Malaysia dapat menggerakkan aset ke lokasi kejadian dengan pantas.

Dalam kes yang melibatkan CP 41 ini, Maritim Malaysia hanya menerima maklumat mengenai kejadian setelah hampir 21 jam insiden berlaku.

Namun dengan pengalaman yang sedia ada dalam menyelesaikan kes seumpamanya di masa yang lalu, Maritim Malaysia yakin akan dapat mengatasi serta menyelesaikan insiden fuel siphoning ini.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat

Sekianlah artikel Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rompakan minyak kapal tangki Thailand: Maritim Malaysia tubuh pasukan khas siasat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rompakan-minyak-kapal-tangki-thailand.html

Subscribe to receive free email updates: