link : Rakaman Video Lelaki Gian Menggosok 'Senjatanya' Ketika Hampiri Wanita Berseluar Pendek Di Pasar Malam
Rakaman Video Lelaki Gian Menggosok 'Senjatanya' Ketika Hampiri Wanita Berseluar Pendek Di Pasar Malam
KUALA LUMPUR - Rakaman aksi seorang lelaki sedang menggosok alat sulitnya ketika orang ramai sedang membeli belah di pasar malam telah dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook dan memuat naik ke laman sosial berkenaan jadi perbualan netizen.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Pasar Malam Sri Petaling dan sewaktu perakam merakamkan gelagat lelaki terbabit, dia dikatakan menyedarinya, namun tidak mengendahkannya.
Melalui rakaman video yang berdurasi 16 saat itu, kelihatan lelaki berkenaan memasukkan tangan kanan ke dalam poket seluarnya dan didapati terus bertindak menggosok kemaluannya tanpa segan silu walaupun dia tahu ada mata yang memandangnya.
Difahamkan, lelaki terbabit turut menyasarkan golongan wanita tertentu iaitu wanita yang memakai seluar pendek atau yang kelihatan seksi yang menarik perhatiannya.
Rakaman video berkenaan dipercayai dimuat naik ke laman sosial oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Jessie Low yang menarik perhatian ramai netizen dengan ratusan komen dan perkongsian.
Netizen turut mempersoalkan mengapa si perakam tidak mengambil sebarang tindakan di atas kelakuan tidak senonoh lelaki berkenaan sedangkan peluang untuk berbuat demikian sememangnya ada untuk memaklumkan kepada orang ramai agar lelaki terbabit diberikan pengajaran. - Koleksi Viral
Demikianlah Artikel Rakaman Video Lelaki Gian Menggosok 'Senjatanya' Ketika Hampiri Wanita Berseluar Pendek Di Pasar Malam
Anda sekarang membaca artikel Rakaman Video Lelaki Gian Menggosok 'Senjatanya' Ketika Hampiri Wanita Berseluar Pendek Di Pasar Malam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rakaman-video-lelaki-gian-menggosok.html