link : Raya Terakhir Dayang Sebagai ‘Single’?
Raya Terakhir Dayang Sebagai ‘Single’?
Setiap kali di ajukan pertanyaan oleh banyak pihak mengenai bila dia mahu menamatkan zaman anak dara dan bertukar ke status isteri, Dayang Nurfaizah hanya mampu tersenyum.
Kata penyanyi bersuara emas yang cukup popular dengan lagu Lelaki Teragung ini, dia berharap semua pihak sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Biasalah… orang luar memang mereka selalu bertanya, bila saya hendak kahwin?
“Saya tak marah walaupun asyik ditanya dengan soalan itu, cuma senyum saja lah. Hendak buat macam mana, jodoh saya belum sampai lagi. Doa-doakan lah ya…,” tuturnya.
Sementara itu, sepanjang ramadan lalu selain sibuk mempromosikan album yang sudah berada di pasaran sejak 10 April lalu, Dayang juga meluang masa menghadiri majlis berbuka puasa.
“Ramadan tahun ini tiada kelainan sangat bagi saya, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Saya tidak lah terlalu sibuk sepanjang bulan ini kerana aktiviti seni saya kurangkan sebaliknya saya ambil peluang untuk berehat dan hadiri majlis berbuka puasa. Selain itu, promosi album saya masih diteruskan,” katanya.
Dayang akan pulang ke Kuching Sarawak untuk menyambut Aidilfitri. Kali ini dia hanya bercuti selama dua minggu.
“Tahun ini cuti raya saya dua minggu saja selalunya sehingga tiga minggu. Tapi saya terpaksa pulang awal Kuala Lumpur nanti kerana ada ada undangan persembahan,” katanya.
The post Raya Terakhir Dayang Sebagai ‘Single’? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Raya Terakhir Dayang Sebagai ‘Single’?
Anda sekarang membaca artikel Raya Terakhir Dayang Sebagai ‘Single’? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/raya-terakhir-dayang-sebagai-single.html