link : Reman 4 Datuk Dilanjut, 2 Dibebaskan
Reman 4 Datuk Dilanjut, 2 Dibebaskan
PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap empat individu bergelar Datuk.
Lanjutan tahanan reman itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pinjaman ahli koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), lapor Berita Harian.
Selain empat individu terbabit, dua lagi yang juga sepasang suami isteri sebelum ini direman bersama dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan dua penjamin.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tempoh reman disambung ke atas empat suspek terbabit sehingga 17 Jun.
Sebelum ini, enam individu berkenaan berusia antara 42 hingga 68 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Mereka yang ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor pada 6 Jun lalu adalah ahli lembaga pengarah Koperasi Telekom Malaysia (KOTAMAS).
Kesemua mereka terdiri daripada pengerusi; setiausaha; bendahari; seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada sebuah syarikat pembekal.
Menurut sumber, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki memperdaya lebih 450 ahli koperasi di bawah naungan mereka yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Reman 4 Datuk Dilanjut, 2 Dibebaskan
Anda sekarang membaca artikel Reman 4 Datuk Dilanjut, 2 Dibebaskan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/reman-4-datuk-dilanjut-2-dibebaskan.html