link : Tangan Hampir Putus Tersepit Eskalator
Tangan Hampir Putus Tersepit Eskalator
JIANGXI - CHINA. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun hampir putus tangan selepas tersepit pada eskalator di pusat membeli belah di sini.
Rakaman kamera pengawasan dari pusat membeli belah di Nanchang menunjukkan, ketika kejadian kanak-kanak malang itu bermain di eskalator yang bergerak ke arah yang bertentangan.
Ibu kanak-kanak itu bertindak menariknya namun menyebabkan dia tergelincir dan jatuh.
Kemalangan bertukar serius selepas tangan kanak-kanak itu tersepit pada eskalator berkenaan.
Ibunya menjerit meminta pertolongan selepas dia gagal menarik tangan anaknya itu.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian terus memberi bantuan dan menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator berkenaan.
Kanak-kanak tu dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama beberapa jam.
Doktor akhirnya berjaya menyambungkan semula tangannya dan kanak-kanak itu ditahan di hospital bagi memantau keadaan tangannya itu, lapor The Paper.
Demikianlah Artikel Tangan Hampir Putus Tersepit Eskalator
Sekianlah artikel Tangan Hampir Putus Tersepit Eskalator kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangan Hampir Putus Tersepit Eskalator dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tangan-hampir-putus-tersepit-eskalator.html