Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM

Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
link : Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM

Baca juga


Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM

PELABUHAN KLANG: Kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Filipina menerusi pelaksanaan Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) di perairan Laut Sulu yang bakal dilancarkan 19 Jun ini, dilihat mampu mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan ketiga-tiga negara.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kerjasama yang dilaksanakan secara terkoordinasi itu akan digerakkan secara berterusan sehingga keadaan perairan tersebut kembali reda dari sebarang kegiatan jenayah.

"Inisiatif itu dilaksanakan untuk menangani aktiviti lanun, penculikan dan rompakan bersenjata di perairan Laut Sulu.

"Untuk itu, TLDM akan mengarahkan aset KD Todak iaitu kapal peronda laju bersama dua lagi kapal Filipina dan Indonesia untuk turut mengawal perairan negara masing-masing," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga TLDM di Pusat Hidrografi Nasional di sini malam tadi.

Beliau juga yakin pelaksanaan rondaan tiga negara tersebut akan berjaya berikutan kerjasama berkenaan mengguna pakai model rondaan yang pernah dilaksanakan di perairan Selat Melaka sebelum ini.

Jelas Ahmad Kamarulzaman, berdasarkan model rondaan bersama yang pernah dilakukan 10 tahun lalu membabitkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand di perairan Selat Melaka, terdapat penurunan ketara untuk kes-kes jenayah membabitkan kawasan perairan itu termasuk bagi kes lanun dan rompakan laut.

"Sebab itu kami merujuk kepada model ini yang kami lihat amat bertepatan untuk digunakan bagi mengawal Laut Sulu terutama kawasan perairannya yang menjadi tumpuan dan sasaran kegiatan jenayah," katanya.

Menurut Ahmad Kamarulzaman, rondaan di Laut Sulu itu yang membabitkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Tentera Filipina dan Tentera Nasional Indonesia akan dilancarkan oleh menteri pertahanan dari ketiga-tiga negara di Tarakan, Indonesia.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM

Sekianlah artikel Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rondaan-tiga-negara-laut-sulu-mampu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :