Sentap Hingga Membawa Diri

Sentap Hingga Membawa Diri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sentap Hingga Membawa Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sentap Hingga Membawa Diri
link : Sentap Hingga Membawa Diri

Baca juga


Sentap Hingga Membawa Diri

Sentap Hingga Membawa Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan semua pembaca. Harap kalian sihat dan bahagia disamping keluarga tersayang. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku. Disini aku ingin menceritakan sedikit kisah SENTAP dalam keluarga aku. Ok, sebelum tu aku ingin memperkenalkan diri, aku Shaa, berumur awal 20-an dan merupakan anak sulung dalam 3 beradik.

Okayy. Orang2 selalu cakap, hargai mereka selagi mereka masih ada (hidup, sihat). Bukan aku dah tak sayang mereke (mak ayah), cuma aku selalu terasa a.k.a sentap. Banyak terasa dalam banyak hal. Dari kecil lagi bila berlaku apa2 orang pertama yg aku selalu cari adalah kedua dua atok dan nenek (atok nenek sebelah mak or sebelah ayah) ataupun pakcik (adik kepada ayah) untuk mengadu. Dan dari kecil juga lah, setiap kali ada masalah sebolehnya aku nak lari dari masalah tu.

Aku ada seorang pakcik (adik kepada emak) nama dia Asari. Aku dah lama tak berjumpa dengan dia. Lagi pun dia tak pernah balik kampung walaupun atok dah meninggal pun tetap tak nampak batang hidung dia. Kali terakhir jumpa masa aku berumur lebih kurang 4tahun (pada tahun 1999). Yang aku tahu pasal dia, dia berada di KL.

Dan yang aku tahu, rupa-rupanya dia pergi KL untuk membawa diri. Dia pernah bagi tahu kat family yang dia pergi KL untuk cari kerja. Tapi arwah atok tak bagi, berkeras tak bagi. Kalau dia pergi juga, atok tak nak ngaku dia anak. Maybe disebabkan banyak sangat dah dia terasa hati dgn arwah atok, akhirnya dia pergi juga.

Kisah aku sama seperti pakcik aku. Aku selalu terasa hati dengan mak ayah aku. Setiap apa yang aku buat mesti ada je yang salah. Mak seorang yang panas baran, sama seperti arwah atok. Kalau dia kata putih tu putih lah yang dia nak. Dan ayah aku pula seorang yang kurang bercakap. Kekadang dia tahu apa yang berlaku, tapi tak nak cakap pape. Tu makin buat aku terasa.

Mak aku selalu backup adik perempuan aku (si Z, umur 18thn) walaupun tahu benda tu salah. Ni semua sebab mak aku tak nak si Z ni sakit (stress sampai boleh jadi gila). Pernah ada 1 masa ni si Z buat perangai (sakit stress tahap gaban), dengan pula tambah sakit sebab benda lain (terkena buatan orang a.k.a pakwenya sendiri). So bila benda macam ni berlaku, mak ayah aku terus ambil 1000% perhatian, letak kat si Z. Sampai aku dengan adik lelaki bongsu aku (umur 7thn) terasa diabaikan. Kalau korang tahu cerita sebenar, mesti korang akan cakap benda sama macam orang lain. Orang2 lain yang tahu hal ni, merasakan yang si Z ni sakit (stress, gila) hanyalah dibuat-buat.

Tapi kan mak ayah kena ingat, bukan si Z je anak mereka, aku dengan adik laki aku pun anak mereka. Lagi2 si adik laki aku masih bersekolah, ambillah berat pasal dia.

Korang nak tahu? Tak sangka budak sekecil 7tahun pun boleh terfikir nak lari rumah. Gara2 terkenangkan sikap mak ayah yang macam tu. Apa tah lagi aku yang dah sebesar ni? Jatuh menitik air mata aku bila dengar adik laki aku ngadu macam tu.

p/s: korang yang dah jadi ibubapa tu, sentiasalah selami hati dan perasaan anak2. Jangan garang sangat, jangan berdiam sangat. Dan bahagi2 kan lah kasih dan sayang korang kat anak2 sama rata.

Shaa

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sentap Hingga Membawa Diri

Sekianlah artikel Sentap Hingga Membawa Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sentap Hingga Membawa Diri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sentap-hingga-membawa-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :