Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa

Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa
link : Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa

Baca juga


Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegur sikap segelintir anggota parti itu di negeri ini yang ghairah menjalankan kempen untuk merebut kedudukan dalam parti berbanding melakukan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mustapa yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau mendapat laporan secara lisan bahawa terdapat segelintir anggota parti itu melakukan kempen secara terang-terangan walaupun pucuk pimpinan sebelum ini telah menangguhkan pemilihan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Ini satu perkara yang kurang menyenangkan kita di Badan Perhubungan (UMNO Kelantan). Kita mahu semua pihak supaya jangan terlalu ghairah berkempen jawatan dalam parti kerana tumpuan kita adalah kemenangan dalam PRU14.

"Kita tak mahu mana-mana pihak dengan kegiatan berkempen mereka untuk pemilihan parti, menggagalkan cita-cita masyarakat luar bandar dan masyarakat bawahan untuk melihat perubahan di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Mesra Raya Perantau, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penjawat Awam di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Bandar Baharu Tunjong di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Yahaya Mamat.

Mengulas lanjut beliau berkata terdapat perubahan sokongan terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar terhadap UMNO ketika ini.

"Rakyat di bawah ini semakin selesa dengan Barisan Nasional (BN), maka dengan itu janganlah kita buang peluang yang ada ini begitu sahaja. Segala usaha, kerja dan tenaga kita hendaklah ditumpukan kepada usaha-usaha untuk membina kekuatan parti sehinggalah kita mencipta kemenangan.

"Jangan ini (kempen pemilihan jawatan dalam parti) menjadi agenda besar. Itu perkara kecil kerana yang penting kita bersama nak capai kemenangan di Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa

Sekianlah artikel Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Utamakan PRU14, bukan pemilihan parti - Mustapa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/utamakan-pru14-bukan-pemilihan-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :