link : Singapura Kutuk Serangan Pengganas Di London
Singapura Kutuk Serangan Pengganas Di London
SINGAPURA – Singapura mengutuk serangan pengganas di London, United Kingdom pada Sabtu, kata Kementerian Luar Singapura.
“Tiada sebarang justifikasi bagi serangan sedemikian dilakukan terhadap orang awam yang tidak bersalah,” kata jurucakap MFA dalam kenyataan hari ini.
“Kami merakamkan takziah kepada keluarga mangsa, dan mendoakan mereka yang cedera agar cepat sembuh. Kami berdiri teguh dalam perpaduan dengan rakyat United Kingdom,” kata jurucakap itu.
MFA berkata Suruhanjaya Tinggi Singapura di London telah berhubung dengan rakyat Singapura di London yang berdaftar dengan kedutaan, selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di negara itu bagi memantau keadaan.
“Setakat ini, tiada rakyat Singapura dilaporkan terjejas secara langsung atau cedera dalam insiden itu,” kata jurucakap itu.
Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan di London Bridge dan Borough Market di tengah kota London lewat Sabtu malam. Tiga suspek ditembak mati oleh polis.
Serangan itu berlaku hampir dua minggu selepas seorang penyerang bunuh diri membunuh sekurang-kurangnya 22 orang pada konsert di Manchester Arena di Manchester. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Singapura Kutuk Serangan Pengganas Di London
Anda sekarang membaca artikel Singapura Kutuk Serangan Pengganas Di London dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/singapura-kutuk-serangan-pengganas-di.html