Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas

Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas
link : Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas

Baca juga


Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas

SINGAPURA – Sekitar 27,000 kereta sewa persendirian sudah berjaya ditampal dengan pelekat khas, seminggu sebelum peraturan baharu mengenainya mula berkuat kuasa Sabtu depan.

Demikian diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam menerusi satu kenyataan media yang turut disiarkan stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia di sini.

Bermula 1 Julai, semua kereta sewa peribadi yang digunakan untuk khidmat pengambilan penumpang harus memaparkan pelekat tersebut bagi memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti kenderaan-kenderaan ini.

Pelekat-pelekat tersebut mesti dipasang jelas pada sebelah kanan cermin depan dan sebelah kiri cermin belakang kenderaan apabila dilihat dari luar kenderaan serta sentiasa dapat dilihat oleh penguat kuasa LTA.

Ia akan membantu agensi penguatkuasaan mengesan kesalahan seperti kereta tidak berdaftar yang digunakan untuk khidmat mengambil penumpang di jalan raya, seperti yang diumumkan LTA awal tahun ini.

Adalah satu kesalahan di bawah Akta Trafik Jalan Raya jika para pemandu kereta sewa privet gagal memasang pelekat tersebut.Butiran mengenai dendanya akan didedahkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan, tambah LTA.

Di bawah syarat-syarat baru yang diumumkan tahun lalu, pemandu kereta sewa privet juga harus menjalani dan lulus kursus selama 10 jam sebelum menerima Lesen Kejuruan Pemandu Kereta Sewa Privet (PVDL).

Kursus tersebut akan melengkapkan pemohon dengan pengetahuan mengenai peraturan kereta sewa privet serta mutu khidmat dan juga keselamatan.

Setakat ini, LTA menyatakan ia menerima sekitar 39,000 permohonan bagi PDVL. Daripada jumlah tersebut, 33,000 sudah diberi kelulusan untuk berdaftar bagi kursus PDVL dan sekitar 500 sudah melakukannya.

Sesiapa yang berdaftar sebelum 30 Jun akan diberi tempoh setahun untuk menjalani kursus, sementara dibenarkan terus memandu.

Akan tetapi, mereka yang daftar selepas tarikh penutup itu harus mendapatkan lesen mereka dahulu sebelum dibenarkan memandu di jalan raya.
– CNA/

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas

Sekianlah artikel Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/singapura-wajib-uber-grab-tampal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :