Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK

Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK
link : Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK

Baca juga


Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK

Gara-gara marah tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki mengamuk dan bertindak menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut petang semalam.

Gara-gara marah tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki mengamuk dan bertindak menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut.—Foto Reuters

Ekoran tindakan ganas itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol ‘taser gun M26C’ tetapi tidak berkesan sehinggalah lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke dalam hutan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sebelum kejadian itu, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua  ibu bapanya yang berusia 80-an bagi mendapatkan wang.

“Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan,” kata Mohd Zamri kepada media di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata suspek yang berang telah menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BRIM yang dipohonnya sebelum ini, hingga mengambil tindakan menetak bahagian belakang kereta Proton Wira kepunyaan mangsa.

“Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap tetapi sebaliknya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi, menjelang berbuka puasa semalam.—Bernama

Sumber: Projek MMO

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK

Sekianlah artikel Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak dapat BR1M, lelaki mengamuk tetak kereta JKKK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tak-dapat-br1m-lelaki-mengamuk-tetak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :