JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeriksa sebanyak 4,861 kenderaan dalam Operasi Bersepadu Serkap (Ops Serkap) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara sejak 12 Jun lalu.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,445 pemeriksaan melibatkan kenderaan bas, teksi dan lori.
Menurutnya, sebanyak 154 bas, 37 teksi dan 102 lori telah melakukan pelbagai kesalahan antaranyamengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkanpenumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.
Kesalahan lain adalah tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang, membawamuatan berlebihan serta gagal mengemukakan permit, katanya pada sidang media di Pejabat SPAD Wilayah Selatan di sini, malam tadi.
Beliau kemudian melakukan pemantuan di Terminal Bas Larkin dan Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini.
Katanya, setakat malam tadi, tiada sebarang penahanan dibuat termasuk pemandu bas yang berada di bawah pengaruh dadah.
Ops Serkap, yang melibatkan 380 anggota penguat kuasa SPAD serta polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan, dijalankan sehingga 2 Julai ini.
– BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap
Sekianlah artikel SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/spad-periksa-4861-kenderaan-sepanjang.html
PM Laos Diberi Sambutan Rasmi
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Laos, Dr Thongloun Sisoulith tiba di Malaysia pagi ini, dan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Perdana P…Read More...
Facebook Tergendala
Laman sosial Facebook dilaporkan tergendala di seluruh dunia sejak malam Isnin.
Menerusi laman yang mengesan status dan masalah berkaitan…Read More...