link : PM Laos Diberi Sambutan Rasmi
PM Laos Diberi Sambutan Rasmi
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Laos, Dr Thongloun Sisoulith tiba di Malaysia pagi ini, dan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Perdana Putra di sini.
Ketibaan Thongloun pada jam 10.15 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan Menteri Kabinet.
Acara sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum Thongloun memeriksa barisan kawalan kehormat oleh 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Najib dan Thongloun dijadualkan menghadiri mesyuarat tertutup sebentar lagi, diikuti mesyuarat delegasi antara Malaysia dan Laos.
Kedua-dua pemimpin turut dijangka menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara kedua-dua negara.
Thongloun tiba di negara ini pada jam 9.30 pagi tadi untuk lawatan kerja selama dua hari. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel PM Laos Diberi Sambutan Rasmi
Sekianlah artikel PM Laos Diberi Sambutan Rasmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM Laos Diberi Sambutan Rasmi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pm-laos-diberi-sambutan-rasmi.html