Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik!

Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik!
link : Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik!

Baca juga


Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik!

Assalamualaikum buat puan Kaunselor yang saya kasihi. Sudah lama saya mengenali majalah Mingguan Wanita dan pilihan pertama bacaan saya adalah ruangan Ya Tuhan ini. Ketika muda dahulu, saya sering membaca masalah-masalah orang lain dan sering berfikir, beginikah kesudahan dalam alam rumah tangga.

Bila bertemu jodoh dengan suami, awalnya saya bersyukur kerana suami seorang yang baik. Dia tidaklah kaya tetapi kata orang bergaji tetap. Memandangkan saya sendiri bekerja, kami gabungkan kesemua gaji yang ada untuk membayar semua bil-bil rumah, api, air, kereta dan sebagainya. Bakinya barulah kami simpan untuk masa depan.

Alhamdulillah, rumah tangga kami biasa-biasa saja, jarang untuk saya dan suami bertengkar kerana ada ketika saya memang malas hendak berbicara dengannya. Kata orang, komunikasi boleh mengeratkan lagi perhubungan suami isteri tetapi bagi saya, lebih baik saya berdiam kerana saya perasan bahawa pendapatnya tidak pernah membuat hati saya lebih tenang sebaliknya, bila menjawab pertanyaan dalam nada yang biasa saja macam tak penting. Sebagai contoh, bila ditanya, kita nak beli langsir warna apa, jawapannya, awak pilih saja, apa pun ok. Jadi saya cukup senang membuat pertimbangan sendiri kepada beberapa hal termasuklah ada beberapa keputusan penting dalam urusan anak-anak.

Di sebalik kebaikan suami, ada satu hal yang membuatkan saya terasa hati. Pada pendapat saya, dia terlalu menunjukkan kuasanya kepada anak-anak. Bayangkan anak-anak kecil, sudah pasti naluri mereka untuk bermain sentiasa ada. Kerana itulah dunia kanak-kanak. Bermain sambil mengembangkan minda. Tetapi sayangnya, apabila suami di rumah, baru sahaja anak-anak bersuara dan bergelak gembira sesama mereka, suami terus menengking minta mereka diam.

Dia sangat marah, jika sedang berehat atau menonton tv, anak-anak mengganggunya dengan suara bising mereka. Suami boleh baran dengan serta-merta apabila anak-anak bermain di depannya. Dia seperti sangat terganggu dengan karenah tiga anak-anak kami yang masih kecil itu. Anak-anak itu pula belum cukup memahami erti penat yang diucapkan oleh ayah mereka. Diam sekejap dan akan bising semula. Bila bosan dengan suasana bising anak-anak dia akan keluar rumah.

Pernah anak-anak ditengking dengan kata-kata kasar dan perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ayah. Sebab bagi saya, kata-kata seperti itu umpama doa dan boleh melekat di minda dan hati anak-anak. Tidak mustahil perkara itu pula menjadi ikutan apabila mereka dewasa nanti sebab acuan sudah membentuk minda mereka sejak kecil.

Saya pernah menegur sikap suami itu, dan meminta dia bercakap baik-baik dan berlembut dengan anak-anak tetapi saya pula dimarahi seolah-olah tidak memahami kepenatannya di tempat kerja. Saya juga bekerja tetapi saya boleh kawal emosi  dari memarahi anak-anak yang sedang membesar itu. Bagi saya anak adalah anugerah Allah yang sangat besar nilainya, kerana itu mereka mesti dididik dan diasuh dengan betul dan mengikut landasan agama. Namun lain pula pendapat suami, baginya saya terlalu memanjakan anak-anak dan suka memenangkan mereka walaupun mereka salah kerana bising ketika ibu bapa sedang berehat.

Akhirnya anak-anak meluahkan perasaan tidak puas hati mereka pada sikap ayah yang selalu marah-marah. Mereka bertanya saya, kenapa ayah mereka bersikap begitu. Sudahnya mereka lebih selesa jika ayah tidak ada di rumah. Saya terpaksa memainkan peranan memujuk anak-anak agar menghormati bapa mereka dan cuba dengar katanya. “Ayah banyak kerja di pejabat, sebab itu dia selalu penat. Awak semua kena diam dan jangan lawan cakap ayah, jika ayah sedang rehat…” itu yang selalu saya nasihatkan pada anak-anak yang masih kecil itu.

Betulkah cara saya ini puan? Kerana saya lihat anak sulung bagaikan sangat gembira bila ayah mereka tiada di rumah. Mereka seperti terlepas dari kongkongan dan dapat dengan bebas lakukan apa yang mereka suka lakukan sebagai kanak-kanak.

Suami pula, bukan sekadar menggunakan mulut untuk memarahi anak-anak, tetapi tangannya juga kerap memukul dengan alasan mahu mendisiplinkan mereka. Saya tahu anak-anak tidak suka dengan cara ayah mereka itu. Jadi apa cara terbaik untuk saya didik anak-anak dalam hal ini?

Jujurnya, saya tahu suami baik dan tidak banyak kerenah, tetapi dia tidak mampu mengawal amarah dan barannya pada anak-anak. Sebagai ibu tentulah saya tidak mahu anak-anak saya `terperangkap’ dengan sikap baran ayah mereka itu. Saya tidak mahu anak-anak menjadi pendendam dan pemberontak apabila mereka besar kelak. Mohon bantuan dari pihak puan kaunselor!

Sumber

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik!

Sekianlah artikel Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Melenting Bila Dengar Suara Anak, Eh Ini Pelik! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/suami-melenting-bila-dengar-suara-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :