link : Syafie Naswip pernah dihalau balik ketika pergi beraya di rumah kawan-kawan lama
Syafie Naswip pernah dihalau balik ketika pergi beraya di rumah kawan-kawan lama
Syafie Naswip pernah dihalau balik ketika pergi beraya di rumah kawan-kawan lama
“Saya memang bukan jenis yang akan duduk rumah saja ketika hari raya. Saya akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.
“Saya akan cari kawan-kawan lama saya untuk beraya bersama dan kalau duduk di satu-satu rumah tu memang lama, kadang-kadang sampai tuan rumah tertanya-tanya bila nak balik?
“Pernah juga satu masa dulu saya kena halau balik dengan tuan rumah kerana mereka ingin keluar beraya ke rumah saudara yang lain tetapi saya masih ada di situ.
“Mungkin kerana teruja dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama, membuatkan saya leka bersembang dan terlupa untuk pulang,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Syafie, tahun ini dia tidak pulang beraya di kampung halamanya di Pulau Pinang dan hanya menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.
“Kali terakhir kami sekeluarga pulang raya di kampung tahun 2014 dan tahun ini sambutan hanya dilakukan di sini saja,” ujarnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Astro GempakDemikianlah Artikel Syafie Naswip pernah dihalau balik ketika pergi beraya di rumah kawan-kawan lama
Anda sekarang membaca artikel Syafie Naswip pernah dihalau balik ketika pergi beraya di rumah kawan-kawan lama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/syafie-naswip-pernah-dihalau-balik.html