link : Tak Jadi Kahwin Dengan Penagih Sentil
Tak Jadi Kahwin Dengan Penagih Sentil
NEW DELHI – Seorang pengantin perempuan sanggup tidak berkahwin daripada bersuamikan kepada seorang penagih sentil tembakau.
Akhbar Hindustan Times melaporkan, pengantin perempuan itu melihat bakal suaminya mengunyah sentil tembakau atau ‘gutka’ ketika majlis perkahwinan mereka.
Wanita dari daerah Dalan Chapara di Uttar Pradesh itu tiba di tempat majlis diadakan secara besar-besaran.
Bagaimanapun, ketika hendak memasuki dewan, dia ternampak lelaki itu mengunyah sentil tembakau, menyebabkan hatinya berubah dan serta-merta mengambil keputusan batal perkahwinannya.
Rakan dan anggota keluarganya cuba memujuk tetapi wanita itu tetap dengan keputusannya.
Keluarga pengantin lelaki membuat laporan terhadap pengantin wanita itu di balai polis berhampiran.
Apabila disoal, wanita berkenaan memberitahu polis, dia tidak mahu berkahwin dengan penagih sentil. – Agensi/myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tak Jadi Kahwin Dengan Penagih Sentil
Sekianlah artikel Tak Jadi Kahwin Dengan Penagih Sentil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak Jadi Kahwin Dengan Penagih Sentil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tak-jadi-kahwin-dengan-penagih-sentil_17.html