Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon

Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon
link : Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon

Baca juga


Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon

KUALA LUMPUR – Aksi bersahaja anak pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle iaitu Muhammad dalam iklan kempen kebersihan produk Lifebouy mencuri perhatian penonton.

Ramai memuji kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang dilihat mempunyai bakat semula jadi dalam bidang lakonan malah ada menjangkakan Muhammad atau lebih mesra dengan sapaan Chemad akan mengikut jejak langkah seperti bapanya.

Farid sendiri terkejut apabila menonton iklan tersebut kerana langsung tidak menyangka aksi dan lakonan Chemad bersahaja walaupun itu adalah pengalaman pertamanya.

“Jujurnya saya gementar kerana bimbang projek itu tidak sempurna sekiranya Chemad gagal memberikan persembahan baik untuk kempen itu.

Farid mahu Chemad menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

“Tetapi selepas menonton sendiri hasil akhir iklan itu saya lega dan tidak menyangka anak saya sebenarnya mempunyai bakat dalam lakonan dan tertanya-tanya juga dari mana dia belajar berlakon!

“Bukan saya tidak yakin dengan Chemad cuma apabila di set penggambaran saya tak rasa dia memberi seperti mana ditonton dalam iklan,” katanya.

Farid ditemui pada pelancaran iklan itu yang diadakan di KL Sentral di sini, Rabu.

Kempen Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini adalah kerjasama di antara Lifebouy dan Media Prima dalam memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan.

Melihat kepada kecenderungan Chemad dalam bidang seni, Farid mengakui anaknya itu sering memberitahu ingin menjadi sepertinya.

Pun begitu kata Farid, pada peringkat ini dia tidak merasakan anaknya itu benar-benar ingin bergelar pelakon sebaliknya hanya terbawa-bawa dengan apa dilihatnya.

“Dia selalu cakap hendak jadi macam Baba (panggilan Chemad kepada Farid) tetapi dia tidak tahu apa maknanya menjadi seperti saya.

“Chemad cakap begitu kerana apa yang dia nampak dan saya tak rasa dia hendak menjadi pelakon namun sebagai ibu-bapa itulah tanggungjawab saya dalam mencorakkan kehidupannya,” katanya.

Farid juga memberitahu dia mahu Chemad menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain namun tidak menolak sekiranya ada tawaran yang tidak menggangu aktiviti hariannya.

“Saya tidak berhasrat untuk membentuknya sebagai pelakon tetapi ingin menekankan aspek pembelajaran.

“Perkara utama yang saya terapkan dalam hidupnya kini adalah ilmu agama dan sekarang pun antara aktiviti harian dia adalah pergi ke kelas mengaji dan kelas bola sepak.

“Tapi kalau ada tawaran yang tidak menganggu jadualnya saya akan pertimbangkan,” ujarnya. – mStar Online

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon

Sekianlah artikel Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak Sangka Chemad Pandai Berlakon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tak-sangka-chemad-pandai-berlakon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :