Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14

Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14
link : Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14

Baca juga


Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14

KUANTAN: Tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini, akan dilanjutkan sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau menegaskan bahawa tindakan melanjutkan tempoh moratorium sehingga tamat PRU14 itu bukan 'permainan politik' dan berharap supaya masyarakat boleh melihat perkara itu daripada sudut yang lebih meluas.

"Keputusan ini perlu ditetapkan kerajaan yang memerintah. Mandat yang kita ada ialah sehingga PRU dan selepas itu bergantung kepada kerajaan yang memerintah untuk buat keputusan. Sudah pasti kena tunggu PRU," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ketetapan itu dipersetujui bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, memandangkan hal berkaitan bauksit bukan lagi 'hak mutlak' kerajaan Pahang ekoran isu pencemaran yang berbangkit sebelum ini.

"Saya juga suka apabila kerajaan Persekutuan bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Tapi ini bukan bermaksud saya mahu lepas tangan...tapi saya memang lega apabila mereka bantu.

"Kita setuju lanjut tempoh moratorium (sehingga PRU) tapi kerajaan negeri serahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk sebarang keputusan akhir," katanya.

Pada 27 Mac lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit yang bermula 15 Jan 2016 dilanjutkan sehingga 30 Jun ini bagi memberi peluang pengusaha menghabiskan baki stok.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa berlaku aktiviti perlombongan secara haram dalam tempoh pelaksanaan moratorium, Adnan berkata terdapat dua kemungkinan dalam hal itu.

Katanya, kehadiran lori bauskit di jalan raya seperti dakwaan penduduk setempat boleh disebabkan tindakan pengusaha yang mendapat permit import khas (AP) bagi menghabiskan baki stok yang telah dilombong sebelum tempoh moratorium berkuat kuasa.

"Saya rasa kita juga tidak boleh tolak kemungkinan ada yang melombong secara haram... yang paling saya perhatikan, apabila buat secara sulit, mereka lakukan elok pula. Semasa diberikan kebenaran (melombong) mereka buat sambil lewa sehingga ada pencemaran.

"Kita akan siasat tetapi kuasa (mengeluarkan) AP dan permit penguatkuasaan ada pada menteri (kerajaan Persekutuan) dan beliau sentiasa bertanya dengan kerajaan negeri mengenai perkembangan semasa," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14

Sekianlah artikel Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tempoh moratorium bauksit dilanjut sehingga selesai PRU14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tempoh-moratorium-bauksit-dilanjut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :