link : The Mummy Dinilai Sebagai Filem Tom Cruise Paling Teruk?
The Mummy Dinilai Sebagai Filem Tom Cruise Paling Teruk?
Aktor terkenal, Tom Cruise tentunya berharap filem terbarunya, The Mummy, berjaya dan mendapat sambutan hangat. Namun harapan nampaknya seperti sukar menjadi kenyataan.
Memetik laporan Dailymail, filem produksi Universal Pictures itu setakat ini lebih banyak mendapatkan ulasan teruk dari beberapa para pengkritik filem di Hollywood.
Dari media IndieWire misalnya, memberikan ulasan paling teruk berbanding ulasan pengkritik lain.
“Apa yang boleh dikatakan adalah, ‘The Mummy’, filem paling teruk yang pernah dibuat Tom Cruise,” kata pengkritik senior, David Ehrlich malah beliau memberikan rating D untuk filem tersebut.
Sementara itu seorang lagi pengkritik, Ehrlich, menilai “The Mummy” seperti bukan sebuah film dari Tom Cruise.
“Itu bukan kerana Cuise belum pernah gagal sebelumnya, tetapi ‘The Mummy’ adalah film pertamanya yang terasa seperti bukan filem Tom Cruise,” komennya.
Pengkritik Jake Coyle dari AP juga melontarkan kritikan yang agak pedas. Beliau membandingkan “The Mummy” dengan tiga filem sebelumnya yang dibintangi Brendan Fraser pada 1999, 2001 dan 2008.
“Produk yang tunggang langgang dan serabut bahkan tidak memiliki jiwa kebebasan trilogi Brendan Fraser,” tulisnya.
Namun tidak semuanya kritikan negatif. Entertainment Weekly menilai filem yang juga dibintangi Sofia Boutella ini dengan rating B.
“Itu cukup baik untuk membuat anda ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya,” tulis Chris Nashawaty.
Briadn Truiit dari USA Today juga memberikan ulasan serupa.
“Sebuah karya yang penuh aksi menyenangkan,” tulisnya.
Filem bergenre seram-aksi ini, sehingga kini baru mendapatkan rating 28 peratus dari Rotten Tomatoes.
The post The Mummy Dinilai Sebagai Filem Tom Cruise Paling Teruk? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel The Mummy Dinilai Sebagai Filem Tom Cruise Paling Teruk?
Anda sekarang membaca artikel The Mummy Dinilai Sebagai Filem Tom Cruise Paling Teruk? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/the-mummy-dinilai-sebagai-filem-tom.html