Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka

Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka
link : Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka

Baca juga


Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka

KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah diatas tindakan pantas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan pihak polis mengagalkan penganjuran ‘All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di negeri itu.

Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, tindakan kerajaan Melaka itu satu pengajaran kepada seluruh masyarakat di Malaysia amnya dan kelompok Yahudi Zionis khasnya yang cuba mengambil tempat penting di Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada Ketua Menteri Melaka, Ketua Polis Melaka diatas usaha untuk memastikan program tersebut tidak diteruskan. Gelagat Yahudi Zionis ini telah dirakamkan dan dipersembahkan oleh Allah S.W.T dalam pelbagai tempat dan tema di dalam Al-Quran.

“Sikap mereka ini diketahui gelojoh dengan kuasa dan pengaruh demi memenuhi cita-cita mereka, pastinya tidak akan berhenti untuk menyeru supaya manusia meninggalkan cahaya Islam dan panduan Al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Wan Hasrina menyeru masyarakat Malaysia berhati-hati dengan agenda pihak-pihak yang berkepentingan jahat untuk menggugat Islam dengan mencampuri keamanan dan kesejahteraan negara selama ini.

Katanya, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri bertegas terhadap penganjuran program yang memberi ruang kepada musuh-musuh Islam bertapak di Malaysia.

“Bersama-samalah kita berdoa di kesempatan Ramadhan bulan barakah ini, agar Allah tidak menguji Malaysia dengan fitnah dan bala sehingga kita menjadi pemaksiat kepada Allah,” katanya.

Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini membuat keputusan bahawa hubungan politik Tahaluf Siyasi parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memerintah Selangor telah terbatal.

Keputusan itu dibuat selepas Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR selaku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mengekalkan wakil PAS dalam pentadbiran kerajaan Selangor bagi mengelakkan kedudukannya terjejas. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka

Sekianlah artikel Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/wanita-pas-selangor-puji-ketua-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :