Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang

Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang
link : Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang

Baca juga


Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang

KUALA LUMPUR: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama disebabkan pertambahan jumlah kenderaan dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata di utara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Pendang ke Sungai Petani, Kedah di kedua-dua arah, dari Permatang Pauh ke Perai di Pulau Pinang, dan di Perak dari Bukit Merah ke Taiping seterusnya ke Bukit Berapit dan Sungai Perak ke Terowong Menora.

"Aliran trafik juga perlahan dari Jelapang menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai di Perak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi arah selatan, kenderaan turut bergerak perlahan di Senawang menuju ke Port Dickson, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi di Negeri Sembilan, Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat di Melaka dan Kulai ke Sedenak di Johor.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik perlahan dari Bukit Tinggi menuju ke Kuantan manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur masih terkawal setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas Tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang

Sekianlah artikel Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Trafik dijangka perlahan hingga lewat petang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/trafik-dijangka-perlahan-hingga-lewat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :