SEBUAH pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di New Delhi, India, Ahad lalu kerana kegagalan enjin.
Syarikat penerbangan, Malindo Air dalam satu kenyataan berkata, penerbangan OD132 yang berlepas dari Lahore, Pakistan sekitar jam 9.25 malam (waktu tempatan) pada hari Ahad menuju Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi akibat masalah enjin.
“Juruterbang berjaya mengawal situasi kecemasan dengan mengikuti prosedur operasi standard dan mendarat dengan selamat di lapangan terbang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi dalam masa 40 minit,
“Semua 75 penumpang dilaporkan selamat dan bermalam di sebuah hotel berdekatan dengan lapangan terbang.
“Penumpang kemudiannya menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya,” katanya.
Menurutnya, krew teknikal dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi Pesawat untuk menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui punca kejadian.
“Siasatan sedang dijalankan dengan pengilang enjin dan Boeing untuk mengetahui punca kejadian,” katanya.
Insiden ini adalah yang terbaru selepas sebuah pesawat AirAsia X dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Perth selepas mengalami masalah enjin baru-baru ini. -MYNEWSHUB.CC
Video dibawah sekadar hiasan.
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi
Sekianlah artikel Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas Di New Delhi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pesawat-malindo-air-mendarat-cemas-di.html
PKR Yakin Menang Di Baram
Foto BorneoPost
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian yakin PKR boleh merampas kerusi Baram daripada Barisan Nasi…Read More...
PM Laos Diberi Sambutan Rasmi
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Laos, Dr Thongloun Sisoulith tiba di Malaysia pagi ini, dan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Perdana P…Read More...
Facebook Tergendala
Laman sosial Facebook dilaporkan tergendala di seluruh dunia sejak malam Isnin.
Menerusi laman yang mengesan status dan masalah berkaitan…Read More...