link : Tragedi nyalakan rokok
Tragedi nyalakan rokok
SEORANG lelaki yang dipercayai menyalakan rokok menggunakan pemetik api berhampiran tong berisi petrol menyebabkan tong itu meletup dan membakarnya sehingga melecur lebih 70 peratus pada tubuh di Taman Serai Jaya, Bagan Serai di sini, semalam.
Dalam kejadian 7.40 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun, dibawa ke Hospital Parit Buntar oleh petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kerian.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak namun sudah mengarahkan pegawai penyiasatnya ke hospital berkenaan untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, siasatan awal pihaknya di sana mendapati doktor bertugas mengesahkan mangsa yang melecur kini berada dalam keadaan kritikal.
"Berikutan keadaannya yang parah, mangsa kini dipindahkan ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut.
"Sehingga kini pihak polis masih belum mengetahui punca sebenar kejadian berikutan mangsa dalam keadaan kritikal dan masih belum boleh disoal siasat.
"Siasatan lanjut akan dijalankan dan orang awam yang mengetahui punca kejadian agar tampil menyalurkan maklumat," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tragedi nyalakan rokok
Anda sekarang membaca artikel Tragedi nyalakan rokok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tragedi-nyalakan-rokok.html