link : Trump Hubungi Raja Salman, Tekankan Perpaduan Teluk
Trump Hubungi Raja Salman, Tekankan Perpaduan Teluk
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melalui telefon hari ini dan menekankan betapa perlunya perpaduan di Teluk, kata seorang pegawai kanan Rumah Putih.
Ia berikutan keputusan oleh kuasa Arab itu untuk memutuskan hubungan dengan Qatar Ahad lalu, selepas mendakwa negara kaya minyak itu bersekongkol dengan kumpulan pengganas.
“Mesej beliau (Trump) adalah kita perlu bersatu di rantau ini untuk berjuang menentang ideologi pelampau dan pembiayaan pengganas.
“Adalah penting bagi negara Teluk bersatu demi keamanan dan keselamatan di rantau ini, ” kata pegawai Rumah Putih berkenaan kepada Reuters. – Reuters/BH ONLINE
Loading...
Demikianlah Artikel Trump Hubungi Raja Salman, Tekankan Perpaduan Teluk
Anda sekarang membaca artikel Trump Hubungi Raja Salman, Tekankan Perpaduan Teluk dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/trump-hubungi-raja-salman-tekankan_7.html