Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan
link : Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

Baca juga


Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

SEREMBAN – Tidur beralaskan lengan dan bubur nasi menjadi hidangan utama buat lapan beranak hidup dalam kedaifan di sebuah rumah di Kampung Baru Blok A, Ampangan, di sini.

Kehidupan bapa tunggal bersama tujuh anaknya berusia tujuh hingga 19 tahun di dalam rumah usang itu dilalui mereka sejak 10 tahun lalu tanpa mengharapkan belas ihsan dan bantuan orang ramai.

Bagaimanapun, kesukaran hidup mereka terbongkar susulan operasi dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.

Difahamkan, operasi itu yang dijalankan untuk mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan itu membawa kepada penemuan keluarga terbabit jam 3.30 pagi semalam.

Ketua keluarga Majid Abul, 51, berkata, dia bersama tujuh anaknya yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran anggota penguat kuasa imigresen dan JHEAINS yang menyerbu rumahnya.

“Saya terkejut apabila dikejutkan anggota penguat kuasa imigresen sambil meminta saya menyerahkan MyKad.

“Mereka menyangka saya dan keluarga warga asing. Selepas melihat dokumen pengenalan diri, mereka berasa simpati dengan kehidupan kami,” katanya.

Katanya, anaknya masing-masing lima lelaki dan dua perempuan iaitu Maznah, 19, Aini, 17, Abdul Ghani Muhaimin, 15, Abdul Razak Al-Hasif, 13, Abdul Najib Azzabil, 12, Nabila Adibah, 9, dan Fahtulrahman Haziq, 7, tidak pernah merungut dengan kesusahan keluarga.

“Walaupun saya tiada wang beli lauk-pauk, mereka akan masak bubur dan makan bersama-sama.

“Hanya Aini yang masih bersekolah manakala enam lagi tidak bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JIMNS Qamal Azlan Zainuddin berkata, pihaknya menerima aduan kehadiran PATI di kawasan Ampangan dan melakukan pemeriksaan di beberapa rumah termasuk rumah dihuni Majid.

“Lelaki terbabit mempunyai dokumen pengenalan diri manakala tujuh anaknya tiada dokumen. Berdasarkan keterangan, semua anak mempunyai sijil lahir dan akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Norhayati Omar berkata, keluarga terbabit ditempatkan di Kompleks Al-Sa’adah, Rahang, di sini, untuk sementara waktu. – myMetro Online

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

Sekianlah artikel Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/terserempak-keluarga-tidur-beralas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :