Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah

Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah
link : Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah

Baca juga


Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah

JOHOR BAHRU: Bekas Exco Johor bersama anaknya serta seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 21 pertuduhan melibatkan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) melibatkan nilai RM35.8 juta di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.

Datuk Abdul Latif Bandi, 51, Ahmad Fauzan Hatim Abdul Latif, 25, dan Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, bagaimanapun faham pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Tertuduh pertama, Abdul Latif terlibat dalam 13 pertuduhan melibatkan RM17,590,890 mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Abdul Latif didakwa melakukan kesemua kesalahan dilakukan sekitar Johor Bahru pada antara Disember 2013 hingga Disember 2016.

Hakim menetapkan RM500,000 tunai sebagai wang jaminan dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin dituduh dengan masing-masing empat pertuduhan bernilai RM18.2 juta mengikut Seksyen 4 (1) (a) AMLA.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu pada November 2014 hingga Disember 2016 di beberapa bank seluruh Johor Bahru.

Hakim menetapkan RM200,000 sebagai jaminan terhadap Ahmad Fauzan, dan RM400,000 jaminan terhadap Amir Shariffuddin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Asnawi Abu Anifah.

Abdul Latif dan Ahmad Fauzan diwakili peguam yang diketuai, Datuk Hasnal Rezua Merican, manakala Amir diwakili peguam Azrul Z. Stork.

Mahkamah menetapkan 5 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah

Sekianlah artikel Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ubah-wang-haram-bekas-exco-johor-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :