link : Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid.
Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid.
Dua wanita bukan Islam dari luar negara itu dikatakan telah tersilap rumah ibadat apabila “menyembah” kepercayaan mereka di sebuah masjid di sini.
Dua wanita bukan Islam dari luar negara itu dikatakan telah tersilap rumah ibadat apabila “menyembah” kepercayaan mereka di sebuah masjid di sini.
Mengikut laporan Harian Metro, kedua-duanya “sembahyang” mengikut anutan mereka di ruang solat Masjid Baitul Iman pada Ahad sebelum menyedari kesilapan mereka.
Imam masjid tertua di sini Muhammad Ismail Rambli berkata mereka baru tiba di Sarawak dan tidak mengetahui masjid hanya untuk orang Islam beribadat.
“Jemaah lain dan pengurusan masjid memahami situasi mereka. Kedua-dua wanita terbabit kemudian beredar tanpa berlaku insiden tidak diingini,” katanya.
Maklumat di Facebook menyebut dua penganut Buddha itu, berasal dari Vietnam, asalnya mahu ke tokong tidak jauh dari masjid tersebut tetapi tersilap masuk masjid dengan menyangkakan tokong.
Gembira dengan budi pekerti jemaah terhadap mereka, Muhamad berkata kejadian berkenaan pertama kali berlaku di masjid itu.
Rata-rata netizen mengucapkan syabas kepada jemaah dan jawatankuasa masjid kerana tidak melulu dalam kejadian Ahad lalu.
“Itulah contoh umat Islam kepada orang yang bukan seagama dengan kita. Tambahan pula ketika ini kita sedang meraikan Ramadan,” kata Muhamad. – MalayMail
Demikianlah Artikel Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid.
Anda sekarang membaca artikel Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/video-tersilap-masuk-tempat-beribadat.html