link : Wisma Putra sahkan kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk perompak
Wisma Putra sahkan kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk perompak
Rumah Malaysia, kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk oleh sekumpulan penjenayah pada Isnin.
Wisma Putra sahkan kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk perompak
Ini disahkan oleh Wisma Putra dalam kenyataan di sini pada Selasa yang turut melihat serangan ke atas seorang daripada dutanya itu dengan penuh kebimbangan.
“Sebagai barisan hadapan kehadiran Malaysia di luar negara, keselamatan pegawai dan staf adalah amat penting,” kata Wisma Putra.
Laporan media menyatakan sekumpulan perompak memasuki kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dan melarikan wang, barang kemas serta barang berharga lain bernilai kira-kira 39 juta peso Chile.
Menurut laporan, dalam kejadian yang berlaku di Las Condes, Santiago, ibu negara Chile itu, Mohamad Rameez, isterinya dan lima anak mereka turut diikat oleh lima perompak terbabit.
Wisma Putra berkata polis Santiago sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu.
“Kementerian akan membuat susulan dengan pihak berkuasa berkaitan sehingga siasatan kes ini selesai,” katanya. -Bernama
Sumber: Mstar
Demikianlah Artikel Wisma Putra sahkan kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk perompak
Anda sekarang membaca artikel Wisma Putra sahkan kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk perompak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/wisma-putra-sahkan-kediaman-duta-besar.html