2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel

2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel
link : 2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel

Baca juga


2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel

GEORGE TOWN – Dua lagi remaja termasuk seorang perempuan ditahan berhubung kes penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di Flat Padang Tembak, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata mereka yang berusia 17 dan 19 tahun itu ditahan secara berasingan di sini, semalam.

“Dua remaja itu dan empat lagi lelaki yang ditahan di Kuala Lipis, Pahang semalam telah dibawa ke mahkamah pagi ini dan polis mendapat perintah reman selama tujuh hari untuk menahan mereka.

“Polis percaya dengan penahanan kesemua mereka akan melengkapkan siasatan kes bunuh membabitkan pekerja hotel berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, enam mereka termasuk lima remaja yang ditahan itu dipercayai terlibat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian pukul serta bunuh membabitkan M. Sathiwill, 20.

Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan polis juga sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Mayat Sathiwill dijumpai tertiarap serta berbalut dengan cadar kira-kira 9.30 pagi pada 28 Jun lepas oleh seorang rakan penyewa wanita unit rumah berkenaan yang mana mangsa turut menyewa sebuah bilik di situ bersama abangnya.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah dipukul lima lelaki di koridor tingkat 16 sebelum diheret masuk ke biliknya dan dicederakan dengan benda tumpul selepas mukanya didapati bengkak.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia 15 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel

Sekianlah artikel 2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 Lagi Direman Bantu Kes Bunuh Pekerja Hotel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/2-lagi-direman-bantu-kes-bunuh-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :