4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih

4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih
link : 4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih

Baca juga


4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih

Beberapa pengguna meluahkan rasa kecewa apabila mendapati stesen minyak yang sering dikunjungi ditutup lebih awal pada malam Rabu.

Mereka mendakwa penutupan itu disengajakan, disebabkan peniaga mahu mendapat untung lebih sebaik harga petrol RON95 dan RON97 diumumkan naik empat sen dan harga diesel naik tujuh sen berkuatkuasa tengah malam tadi.

Menerusi posting yang dikongsi di media sosial, seorang pengguna mendakwa hos pam di sebuah stesen minyak di Taman Tun Dr Ismail telah ‘diikat dengan tali rafia’, selain ruang mengisi minyak diletakkan kon dan lampu ditutup dengan alasan ‘minyak habis’, beberapa jam sebelum pukul 12 tengah malam.

Beliau mendakwa, ini adalah kali ketiga kejadian yang sama berlaku di stesen minyak terbabit.

“Sebab nak untung 4 sen, kome sanggup susahkan pelanggan setia kome…ada beberapa kereta dan motor tadi patah balik kehampaan,” demikian tulis pengguna berkenaan di Facebook.

Seorang lagi pengguna mendakwa sebuah stesen minyak di Rawang telah ditutup pada pukul 9 malam Rabu, tetapi dibuka semula pukul 12 tengah malam.

Mengulas kejadian itu, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, adalah menjadi satu kesalahan bagi penjual yang enggan menjual minyak atau menutup stesen minyak dengan sewenang-wenangnya tanpa memaklumkannya kepada kementerian berkenaan terlebih dahulu.

“Beritahu dengan jelas kepada peniaga-peniaga stesen minyak ini bahawa menjadi satu kesalahan kalau mereka tak menjual minyak.

“Kalau nak hentikan jualan minyak sebab mahu bercuti misalnya, mereka kena maklumkan kepada KPDNKK terlebih dulu…tak boleh tutup kerana sebab-sebab lain yang tak munasabah,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Mohd Roslan berkata KDPNKK sedar terdapat peniaga tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini dan beberapa tindakan telah dikenakan terhadap pengusaha yang melakukan taktik sama sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, pengguna perlu memberi kerjasama dengan membuat aduan kepada pejabat KPDNKK berhampiran atau di talian hotline 1800-8866-800 jika berdepan situasi ini.

Akta Kawalan Bekalan 1961 diperuntukkan untuk mengawal bekalan barang-barang kawalan bagi memastikan bekalan mencukupi serta mengambil tindakan terhadap perbuatan menyorok atau enggan menjual barang kawalan kepada pengguna.
Sumber: Mstar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih

Sekianlah artikel 4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 sen punya pasal, stesen minyak tutup awal nak dapat untung lebih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/4-sen-punya-pasal-stesen-minyak-tutup.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :