Saleem Dimasukkan Ke Hospital

Saleem Dimasukkan Ke Hospital - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saleem Dimasukkan Ke Hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saleem Dimasukkan Ke Hospital
link : Saleem Dimasukkan Ke Hospital

Baca juga


Saleem Dimasukkan Ke Hospital

Saleem Dimasukkan Ke Hospital

Saleem dimasukkan ke hospital akibat demam panas. (Gambar: Mohamad Bakar)

Belum surut kisah vokalis kumpulan May, Mus dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana demam panas baru baru ini, industri hiburan dikejutkan pula dengan hal sama membabitkan Saleem selaku vokalis kumpulan Iklim pula.

Saleem sejak Rabu lalu dimasukkan di Pusat Pakar UKM, Cheras kerana demam panas dialaminya seminggu lalu. Ia disahkan sendiri isteri Saleem, Juriah atau Julia Bachok.

Pelantun lagu Bukan Aku Tak Cinta dengan nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed, berusia 55 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami demam panas dan berada dalam keadaan lemah.

"Abang Saleem telah mengalami demam panas yang kerap sejak kebelakangan ini. Buat masa ini punca sebenar penyakitnya belum dikenal pasti.

"Dia juga mengalami bengkak di bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan dengan segera. Namun semua bergantung pada tahap kesihatannya," katanya.

Julia bagaimanapun memaklumkan keadaan kesihatan suaminya masih baik ketika sambutan Aidilfitri di Benut, Pontian baru baru ini.

Saleem dikatakan mengalami demam panas selepas menjayakan persembahan di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada hari raya ketiga.

Menerima rawatan akibat demam belum kebah.

"Abang Saleem mengadu penat dan saya segera membawanya ke Pusat Pakar UKM untuk pemeriksaan.

"Demam panasnya masih belum kebah manakala jantungnya juga lemah. Doktor memberi bantuan oksigen bagi membantu pernafasannya. Sekiranya keadaan tidak berubah pembedahan akan ditangguhkan," katanya.

Melihat keadaan Saleem kini, Julia berkemungkinan terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan yang diterima.

"Ikutkan Abang Saleem perlu membuat persembahan di Terengganu dalam masa terdekat ini, tetapi saya kenalah tolak cara baik," katanya.

Julia amat berterima kasih kepada Harry Khalifah dan Ameng Spring yang cukup prihatin dengan apa yang dilalui suaminya.

Syarikat rakaman Rusa Music turut menguruskan kemasukan suaminya ke situ ke situ.

Terdahulu, Mus May berdepan dengan demam panas yang berlarutan dari Jumaat lalu. Selain demam panas, Mus turut terkena sawan.

Isteri Mus, Suraya Bahari berkata, dia menghubungi ambulans apabila melihat keadaan Mus yang separa sedar.

"Pada mulanya pada sebelah pagi ketika dimasukkan ke hospital, dia hanya diletakkan di bawah zon kritikal. Malah, kerana terlalu banyak meracau pihak hospital terpaksa komakan dirinya.

"Doktor turut mengesyaki ada kuman dalam darah. Namun pada malam hari yang samadia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU). Segala keputusan penuh mengenai punca penyakitnya dijangka diketahui esok," kata Suraya.

Suraya bagaimanapun mampu menarik nafas lega kerana doktor memaklumkan, tiada darah beku pada bahagian kepala suaminya selepas imbasan otak dilakukan.

Perkembangan terbaru memaklumkan Mus kini kembali stabil. Cuma pihak doktor belum dapat memastikan punca sebenar masalah dialaminya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saleem Dimasukkan Ke Hospital

Sekianlah artikel Saleem Dimasukkan Ke Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saleem Dimasukkan Ke Hospital dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/saleem-dimasukkan-ke-hospital.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :