5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting!

5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting!
link : 5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting!

Baca juga


5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting!

Image result for polis roadblock

Image result for polis roadblock

ambar kredit: paultan

1. Apabila diberhentikan polis

1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam

Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau

1.2 Kad Kuasa Polis
Inilah Hak-hak Anda Jika Ditahan Polis, Warga Malaysia Wajib Tahu

Warna Merah :

Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.

Warna-warna lain:

Warna Biru:
Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.

Warna Kuning:
Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.

Warna Putih:
Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis

Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis tersebut.

2. Apabila disoal oleh polis
2.1 Pengenalan anda.
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”

2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu

• menjawab “ya” pada soalan di atas

• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis

• apabila anda digari

Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

3. Soaljawap oleh polis tanpa penahanan

3.1 Kenyataan saksi/112

Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).

3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi

Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama. Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian.

Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis** untuk meminta anda bekerjasama.

3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112
Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah dinasihatkan.

Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).

• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.

• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.

• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.

• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda
Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solan soalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.

• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peribadi anda.

• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda sebelum menandatanganinya.

• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.

Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap.

Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.

4. Penahanan oleh polis
4.1 Apabila ditahan tanya, “mengapa saya ditahan?”
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.

4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.

4.3 Tanya – “Ke balai mana encik hendak membawa saya?”
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.

4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat Bantuan Guaman.

Maklumkan mereka:-

• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis
dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.

5. Hak-hak anda ketika dalam tahanan

5.1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan Persendirian

Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

5.4 Kebajikan
• Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari.
• Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera.
• Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
• Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan.
• Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin.
• Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam

Image result for polis roadblock

Sumber: Ohmymedia.com

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting!

Sekianlah artikel 5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Hak Anda Jika Ditahan Polis, Semua Warga Malaysia Wajib Tahu. No 5 Paling Penting! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/5-hak-anda-jika-ditahan-polis-semua.html

Subscribe to receive free email updates: