link : Inilah Makanan Tradisional Johor Yang Tak Ramai Tahu
Inilah Makanan Tradisional Johor Yang Tak Ramai Tahu
Kita sering disajikan hidangan tradisional seperti ketupat, lemang dan rendang ketika menyambut hari raya Aidilfitri. Hidangan ini dianggap istimewa kerana dimakan ketika menyambut perayaan hari raya yang hanya datang sekali setahun.
Sumber dari kosmo.com.myNamun, terdapat satu hidangan tradisional yang makin dilupakan terutama di negeri Johor iaitu harissa. Juadah ini sangat terkenal pada waktu dahulu ketika bulan Ramadan dan Syawal.
Hidangan berasal dari Asia Barat ini mengambil masa yang lama untuk dimasak seterusnya menjadi punca kepada kesukaran untuk orang ramai membuatnya ketika Syawal tiba.
“Keunikan kombinasi rasa manis, pedas dan masam masakan dari Arab ini dianggap sedikit pelik bagi mereka yang tidak biasa dengannya. Hanya anak jati Johor tulen pandai menikmati juadah ini yang telah dianggap sebagai hidangan khusus negeri itu,” kata Pakar masakan warisan Johor, Datin Hamidah Abdul Hamid kepada Kosmo.
“Keunikan kombinasi rasa manis, pedas dan masam masakan dari Arab ini dianggap sedikit pelik bagi mereka yang tidak biasa dengannya. Hanya anak jati Johor tulen pandai menikmati juadah ini yang telah dianggap sebagai hidangan khusus negeri itu,” tambahnya lagi.
Dia juga turut memberitahu bahan asas yang diperlukan untuk membuat harissa ialah gandum dan daging lembu atau kambing. Kini, gandum boleh ditukar dengan oat memandangkan zaman sekarang agak sukar untuk mencari gandum.
Sumber dari kosmo.com.mySeorang anak muda Johor, Nur Haslinda Mohamed Ruslan, 31 tahun, menjual harissa demi memastikan hidangan itu tidak lapuk dek zaman. Dia menggunakan resepi turun-temurun yang diperolehi daripada arwah neneknya, Zabedah Hitam semasa neneknya masih hidup.
Selain itu, dia turut menerangkan proses pembuatan harissa dari segi bahan dan cara memasak. Proses memasak juga memakan masa agak lama sehingga mencecah ke tiga jam jika dimasak dalam kuantiti yang banyak.
“Proses mengacau kadangkala memakan masa sehingga tiga jam bergantung kepada kuantiti bahan yang digunakan. Harissa akan masak sepenuhnya apabila tekstur makanan itu berubah warna kepada keperangan,” jelasnya lagi.
Pada mulanya, hasil jualan tidak begitu memberangsangkan namun ramai orang ingin mencuba makanan tradisional itu setelah Haslinda memuat naik iklan bahawa dia ada menjual harissa.
Malah, dia semakin mendapat banyak tempahan sehingga mencecah lebih 40 bungkus harissa disebabkan iklan tersebut terutama ketika bulan Ramadan dan menjelang hari raya.
Resepi makanan tradisional wajib diturunkan kepada anak muda zaman sekarang supaya generasi akan datang nanti dapat merasai juadah tradisional yang kaya dengan rasa enak dan unik seperti ini.
Sumber: Kosmo Online
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Inilah Makanan Tradisional Johor Yang Tak Ramai Tahu
Anda sekarang membaca artikel Inilah Makanan Tradisional Johor Yang Tak Ramai Tahu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/inilah-makanan-tradisional-johor-yang.html