61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak

61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak
link : 61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak

Baca juga


61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak

IPOH – Seramai 61,879 pesakit mental mendapatkan rawatan secara ulangan di semua hospital di Perak sepanjang 2016 berbanding 56,981 orang pada tahun sebelumnya. 

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata antara faktor yang menyumbang ke arah peningkatan bilangan pesakit itu adalah tekanan, krisis kewangan, masalah rumah tangga dan persekitaran. 

“Status kesihatan mental seseorang pesakit juga bertambah parah jika tidak mendapat sokongan daripada masyarakat dan kurang kemahiran daya tindak,” katanya ketika merasmikan Karnival Psikososial Rehabilitasi Peringkat Negeri Perak 2017 yang disertai tujuh Pusat Pemulihan Psikososial (PSR) di Dewan Kolej Sains Kesihatan Bersatu (KSKB) Sultan Azlan Shah di sini, hari ini. 

Peka dengan peningkatan bilangan pesakit mental itu, katanya kerajaan menyediakan pelbagai pendekatan seperti kempen promosi kesihatan mental, saringan serta intervensi di peringkat kesihatan premier.

“Kita turut adakan pelbagai program yang memperkasa masyarakat untuk menangani tekanan selain melaksanakan bantuan asas psikologi semasa krisis,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Mah berkata terdapat enam PSR dan satu Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (CMHC) di Perak yang menyediakan perkhidmatan saringan dan intervensi bagi merawat pesakit mental. 

Lokasi PSR ialan di daerah Kinta, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Kuala Kangsar manakala CMHC pula beroperasi di Selama. 

Kesemua PSR dikendalikan oleh pegawai perubatan, jurupulih perubatan cara kerja dan jururawat terlatih, katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak

Sekianlah artikel 61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan Di Perak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/61879-pesakit-mental-terima-rawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :