Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor

Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor
link : Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor

Baca juga


Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor terus komited membangunkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli di negeri ini dengan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan sektor agropelancongan di perkampungan masyarakat Orang Asli.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi merancakkan sektor itu, dana sebanyak RM100,000 disalurkan kepada projek pembangunan agropelancongan di kawasan Perkampungan Orang Asli Tanah Abang dekat Mersing.

“Dana itu disalurkan menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) kepada Koperasi Peserta Rancangan Orang Asli Tanah Abang Mersing Berhad.

“Kita percaya melalui cara ini, ia bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan malah meningkatkan keupayaan dan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam agenda pembangunan kita,” katanya semasa berucap pada majlis Jalinan Muafakat Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Johor di sini, hari ini.

Projek itu merangkumi pembangunan prasarana termasuk lima unit chalet, ruang penginapan dua tingkat, 10 unit kayak, lima bot, kelengkapan rekreasi serta lima kolam ternakan udang.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata menerusi penubuhan koperasi, taraf hidup Orang Asli terus meningkat dengan menyaksikan 88 koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan disertai seramai 13,884 Orang Asli.
         
Beliau berkata menerusi koperasi itu, ramai usahawan dilahirkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang menyerati pelbagai bidang termasuk peruncitan, pembuatan dan pertanian.

“Ini membuktikan masyarakat Orang Asli di negeri ini mampu bersaing dengan masyarakat lain secara terbuka dengan cemerlang.
           
“Semua usaha dilakukan kerajaan negeri bertujuan memastikan masyarakat ini tidak berada di takuk lama dan mahu melihat mereka bersaing secara terbuka,” katanya.
         
Beliau turut berharap masyarakat Orang Asli dapat menyokong dan membantu kerajaan negeri supaya pelbagai dasar dan perancangan bermanfaat dapat diperkenalkan kepada masyarakat tersebut. -BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor

Sekianlah artikel Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agropelancongan Di Perkampungan Orang Asli Johor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/agropelancongan-di-perkampungan-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :