link : Adele ‘Bersara’ Dari Arena Konsert Jelajah
Adele ‘Bersara’ Dari Arena Konsert Jelajah
PENYANYI bersuara emas, Adele membuat pengumuman yang pastinya mengecewakan buat setiap peminatnya yang masih belum berkesempatan menonton konsertnya menyanyi secara live di mana-mana lokasi jelajahnya sebelum ini.
Perkongsian status di Instagram yang dikendalikan oleh peminatnya, terdapat sekeping surat yang dikatakan ditulis Adele mengatakan dia akan ‘sarung kasut’ dan bersara dari arena konsert jelajah selepas ini.
“Konsert jelajah adalah suatu perkara yang pelik pernah saya lakukan. Saya tak sesuai untuk melakukannya. Saya merupakan seorang yang suka duduk di rumah. Malah, saya juga seorang yang dramatik dan mempunyai sejarah konsert yang teruk. Saya rasa sampai setakat ini sahaja!,” tulis penyanyi berusia 29 tahun itu.
Sepanjang kerjayanya sebagai seorang penghibur Adele sudah melakukan sebanyak 119 konsert live manakala tiga lagi baki konsertnya akan berlangsung dalam masa terdekat.
Adele atau nama lengkapnya, Adele Laurie Blue Adkins memulakan kerjayanya sejak 11 tahun lalu dan setakat ini dia sudah berjaya mengeluarkan tiga buah album yang kesemuanya mendapat perhatian peminat seluruh dunia iaitu album 19 yang dikeluarkan pada tahun 2008, 21 (2011) dan 25 (2015). – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Adele ‘Bersara’ Dari Arena Konsert Jelajah
Anda sekarang membaca artikel Adele ‘Bersara’ Dari Arena Konsert Jelajah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/adele-bersara-dari-arena-konsert-jelajah.html