BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding

BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding
link : BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding

Baca juga


BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding

KOTA KINABALU –  Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah dan pusat wajar memberi pertimbangan serius berhubung cadangan kira-kira 20 calon Wanita BN Sabah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata ini kerana senarai Wanita BN negeri yang dikemukakan itu sudah pasti terdiri daripada calon berpotensi, boleh menang dan berwibawa.

Menurutnya penyenaraian calon Wanita itu juga menunjukkan pucuk pimpinan negeri mengiktiraf peranan golongan tersebut untuk terlibat sama sebagai pembuat dasar.

“Tidak dapat dinafikan bahawa selama ini Wanita BN sentiasa turun padang untuk membantu menjaga kebajikan rakyat serta mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Justeru, pemilihan Wanita sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri pada PRU-14 adalah tepat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, berkata cadangan 20 nama sebagai calon Wanita BN negeri itu turut menunjukkan Sabah mempunyai pemimpin wanita yang berkebolehan untuk diketengahkan.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita BN Sabah Datuk Armani Mahiruddin menyatakan beliau telah mengemukakan senarai 20 calon Wanita BN terdiri daripada muka lama dan baharu untuk bertanding dalam PRU-14 kepada Pengerusi Wanita BN pusat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding

Sekianlah artikel BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Pusat, Negeri Wajar Pertimbang 20 Calon Wanita Sabah Bertanding dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bn-pusat-negeri-wajar-pertimbang-20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :