link : Aisberg Seberat 1 Trilion Tan Hanyut Dari Antartika, Apa Akan Terjadi?
Aisberg Seberat 1 Trilion Tan Hanyut Dari Antartika, Apa Akan Terjadi?
Para saintis yang memantau keretakan kepingan ais di tebing barat Antartika ini mendakwa, aisberg yang pecah itu merupakan yang terbesar di dunia.
"Pecahan aisberg ini terjadi antara 10-12 Julai ketika bahagian Larsen C seluas 5,800 kilometer persegi akhirnya pecah," demikian pernyataan Universiti Swansea, Rabu (12/7/2017).
Potongan ais raksasa yang jauh lebih luas berbanding Delaware, Amerika Syarikat itu mempunyai ketebalan kira-kira 350 meter.
"Aisberg ini seberat kira-kira satu trilion tan, dan sudah terapung sebelum terpisah dari plat utama sehingga tidak mempengaruhi aras permukaan air laut," kata pasukan pakar Universiti Swansea.
Terpisahnya aisberg yang kemudian diberi nama A68 itu mengakibatkan plat Larsen C kehilangan 12 peratus luas permukaannya.
Pecahan aisberg di Antartika merupakan hal yang kerap terjadi, tetapi dengan saiz yang sedemikian besar maka aisberg ini mendapat perhatian yang lebih.
Pasukan penyelidik menambah, terpisahnya aisberg sebesar ini meningkatkan peluang perpecahan kepingan ais yang masih ada.
Kepingan ais yang terapung dari pantai hingga ke tengah lautan terbentuk daripada aliran glasier yang perlahan dari daratan.
Kepingan ais ini berperanan seperti "brek" raksasa yang menghalang aliran glasier terus masuk ke laut.
Jika glasier dari daratan tidak dapat menahan kepingan ais Larsen C dan terus masuk ke Lautan Selatan maka akan mengakibatkan permukaan air naik hingga 10 sentimeter.
Hanyutnya aisberg ini adalah proses semulajadi walaupun pemanasan global dipercayai mempercepatkan proses itu.
Demikianlah Artikel Aisberg Seberat 1 Trilion Tan Hanyut Dari Antartika, Apa Akan Terjadi?
Anda sekarang membaca artikel Aisberg Seberat 1 Trilion Tan Hanyut Dari Antartika, Apa Akan Terjadi? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aisberg-seberat-1-trilion-tan-hanyut.html