Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM

Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM
link : Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM

Baca juga


Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM

Kelmarin, satu kekecohan berlaku setelah sekumpulan pemilik kereta menuntut semula kenderaan masing-masing yang dipajak kepada sebuah syarikat di Kajang, Selangor, setelah berasa tertipu apabila tidak mendapat pulangan sewajarnya seperti dijanjikan.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 2.45 petang itu, kira-kira 30 pemilik kenderaan ditemani beberapa aktivis PPIM dikatakan merosakkan kunci mangga pada pagar di stor kenderaan syarikat itu untuk mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga timbul kekecohan.

Kerana itu, nama Yusuf Azmi, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM menjadi bualan hangat pengguna media sosial sejak kebelakangan ini kerana keberanian yang ditunjukkan oleh beliau yang menggempur sebuah gudang penyimpanan kenderaan.

Disebabkan itu juga, beliau dilabel dengan hero pengguna.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh mStar, Yusuf mendakwa beliau menerima beberapa gertakan termasuk ugutan nyawa terhadap diri dan keluarga.

Namun, walaupun mendapat ancaman demi ancaman, ia tidak sedikitpun menjejaskan semangat beliau bagi terus memperjuangkan hak pengguna yang dinafikan, bahkan menggelar mereka sebagai 'gengster tepi jalan'.

"Saya tidak mengambil itu satu benda yang membahayakan saya," sambil menambah bahawa beliau tidak berasa takut, seperti dipetik dari video mStar.

Berhubung tindakannya yang disifatkan sebagai menceroboh, polis Selangor membuka satu kertas siasatan berkenaan isu tersebut, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, polis mendapat laporan daripada seorang eksekutif lelaki yang bekerja di syarikat tersebut yang mendakwa stor syarikat itu telah diceroboh sekumpulan lelaki pada Isnin lalu bagi mengambil kenderaan yang disimpan di dalam stor berkenaan.

Polis mengatakan mereka akan menjalasankan siasatan telus dan adil meminta orang ramai memberi ruang dan masa untuk pihak mereka bagi melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian.


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM

Sekianlah artikel Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terima Ugutan Bunuh, Ini Respon Berani Hero Pengguna, PPIM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/terima-ugutan-bunuh-ini-respon-berani.html

Subscribe to receive free email updates: