link : Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama
Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama
KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak lancar di semua lebuh raya utama setakat 9 pagi ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata tiada kawasan yang bergerak perlahan atau sesak di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Semua laluan masih terkawal dan bergerak lancar setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata semua laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga masih terkawal dan lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama
Anda sekarang membaca artikel Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aliran-trafik-lancar-di-semua-lebuh_2.html